... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Lawatan Keluar PBS KSSR. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Keluar PBS KSSR. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS KSSR DARI SK SRI LANGAT DAN SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)


6 Februari 2013 seramai 10 orang guru-guru SK Sri Langat,Banting bersama Guru Besar, Tn Hj. Rosman dan 8 orang guru-guru SK Putrajaya Presint 9(2) telah membuka tirai 2013 memulakan lawatan penanda aras di SKTPP untuk melihat sendiri sistem fail dan tatacara pelaksanaan PBS yang diamalkan di sekolah ini.
Lawatan ini disambut oleh Guru Besar SKTPP, En Sukimin b. Juki, GPK Pentadbiran Pn. Siti Habsah bt Ahmad dan dibantu oleh beberapa orang fasilitator iaitu Pn. Jumilah Ahmad, Pn Suhaizan Sukiman, Pn. Rashidah Mahmad, Pn. Ezza Hairani, Pn. W.Rosmawati W. Ibrahim dan Cik Noor Azlinda Kasmin. 

 Gambar-gambar sepanjang lawatan.


Ketibaan Guru-guru dari SK Sri Langat

Ketibaan Guru-guru dari SK Putrajaya Presint 9(2)



Guru Besar Sk Sri Langat
En. Sukimin menerima cenderhati dari SK Putrajaya Presint 9(2)

Wakil guru-guru dari SK Putrajaya Presint 9(2)
En. Sukimin menerima cenderhati dari SK Sri Langat

Wakil guru-guru dari SK Sri Langat

Penerangan daripada Pn.Jumilah


Tuesday, November 27, 2012

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2012:Pentaksiran Psikometrik Ke Arah Pembangunan Modal Insan Berkualiti.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada tanggal 26 November hingga 29 November 2012 SKTPP telah dijemput oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membuat pameran PBS di Hotel Renaissance, Melaka sempena Persidangan Kebangsaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Jumilah bt Ahmad (SU PBS), Puan Rashidah bt Mahmad (Guru Pendidikan Islam), Puan Suhaizan bt Sukiman (Guru Bahasa Inggeris) dan Puan Julaili bt Onian (Guru Dunia Sains dan Teknologi).
Persidangan ini dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Operasi) Tn Hj. Zulkarnaini b. Hussin, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Produksi) Tn Hj. Kamaruddin b. Jazuli dan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Pengurusan) Datin Nawal bt Salleh. Peserta-peserta persidangan ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan seluruh negara, pegawai-pegawai PBS, pegawai-pegawai bahagian LPM, JPN, PPD, IPGM, NGO dan pensyarah-pensyarah dari universiti seluruh Malaysia.
Berikut antara gambar yang dapat dirakam:

























28 November 2012 - Rabu.
YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) telah melawat pameran KSSR. Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau.