Tuesday, November 27, 2012

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2012:Pentaksiran Psikometrik Ke Arah Pembangunan Modal Insan Berkualiti.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada tanggal 26 November hingga 29 November 2012 SKTPP telah dijemput oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membuat pameran PBS di Hotel Renaissance, Melaka sempena Persidangan Kebangsaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Jumilah bt Ahmad (SU PBS), Puan Rashidah bt Mahmad (Guru Pendidikan Islam), Puan Suhaizan bt Sukiman (Guru Bahasa Inggeris) dan Puan Julaili bt Onian (Guru Dunia Sains dan Teknologi).
Persidangan ini dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Operasi) Tn Hj. Zulkarnaini b. Hussin, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Produksi) Tn Hj. Kamaruddin b. Jazuli dan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Pengurusan) Datin Nawal bt Salleh. Peserta-peserta persidangan ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan seluruh negara, pegawai-pegawai PBS, pegawai-pegawai bahagian LPM, JPN, PPD, IPGM, NGO dan pensyarah-pensyarah dari universiti seluruh Malaysia.
Berikut antara gambar yang dapat dirakam:

























28 November 2012 - Rabu.
YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) telah melawat pameran KSSR. Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau. 










No comments:

Post a Comment