... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label ziarah cakna. Show all posts
Showing posts with label ziarah cakna. Show all posts

Tuesday, October 17, 2023

Program Ziarah Cakna Siri 4/2023


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang boleh saya gambarkan dengan keluarga ini. Jananee dan Danissha merupakan 2 beradik yang perlu menghadapi kesukaran dalam kehidupan apabila ayah, nenek dan ibu saudaranya (penjaga) menghidap penyakit yang telah membantutkan usaha dalam mencari rezeki dan menguruskan hal-hal kehidupan seharian. Semoga kehadiran pihak sekolah ini mampu membuka ruang kegembiraan buat keluarga ini walaupun seketika. Kehadiran kami bukan semata-mata lawatan biasa tetapi hasrat yang besar agar amalan penyayang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan penjaga murid serta sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Berikut gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.

Puan Hajjah Rohaidah 'turun padang'  bersama-sama dalam menjalankan aktiviti ziarah ini

Nenek kepada murid mengalami stroke.
Tidak mampu menguruskan diri tanpa bantuan orang lain

Penuh empati apabila mendengar cerita daripada nenek ini

Tuan Hj Megat Md. Salleh YDP PIBG turut sama pada program hari ini

PK Petang; En. Naga Kannan hadir sama.
Banyak cerita yang dikongsikan pada hari ini

Bergambar kenangan bersama keluarga murid

Comel sangat anak ini... Berusia 1 tahun 4 bulan : adik kepada Jananee dan Danissha

Semoga keluarga ini tabah dengan ujian yang dilalui dan dapat keluar daripada kemelut yang dihadapi hasil bantuan dan sokongan pihak-pihak sekeliling.

Thursday, March 12, 2020

Program Ziarah Cakna 2020 (Siri 3)

Program Ziarah Cakna diteruskan lagi pada hari ini dengan menziarahi keluarga murid iaitu Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (6 Engineer) dan Muhammad Zain bin Zaizi (2 Nitrux) di IT Dayana, Taman Putra Perdana.

Bapanya En Mohd Zaizi telah mengalami strok sejak 7 tahun lalu dan kini masih terlantar di katil tanpa boleh bekerja seperti bapa yang lain.

Walaubagaimanapun, ketabahan Puan Zubaidah ibu kepada murid ini sangatlah kami kagumi. Semoga keprihatinan pihak sekolah dan PIBG dengan ujian yang dialami oleh keluarga ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga ini.

Lawatan hari ini dihadiri oleh :

Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG)
Datin Noraizah bt Dun (PK HEM)
Pn Juli bt Mahbah (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Pn Nor Arzah bt Hussin (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Cik Roslinda bt Mansor (Guru Kelas, 6 Engineer)
Pn Safinatunajakh bt Mat Som (Guru Kebajikan)

Gambar semasa lawatan dijalankan:

Zulaikha dan Muhammad Zain bersama ibu dan neneknya

Tn Hj Khairul Azhar (YDP PIBG) turut bersama-sama dalam lawatan ini

Bergambar kenangan  bersama keluarga Pn Zubaidah 

Suka melihat keletah Muhammad Zain yang bijak

Sedikit sumbangan daripada pihak sekolah



  
Bersama AJK PIBG; En. Hafiz di luar rumah

Monday, February 10, 2020

Ziarah Cakna 2020 (Siri 2)

Siri kali ini rombongan Ziarah Cakna bersama-sama barisan pentadbir, AJK PIBG, Guru Bimbingan & Kaunseling serta guru-guru telah ke rumah murid yang telah mengalami kecederaan di pinggang semasa pertandingan ragbi baru-baru ini. Maklumat murid tersebut adalah seperti berikut :

Nama Murid : Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi
Kelas               : 6 Programmer
Alamat         : No 37, Jln PP 2/23 Taman Putra Perdana 

Alhamdulillah, keadaan murid semakin stabil. Semoga dengan kehadiran pentadbir, guru dan AJK PIBG (Pn Normawati) sedikit sebanyak memberi semangat baru kepada Muhammad Hasbul Hadi dan keluarganya. 

Guru-guru bersama Muhammad Hasbul Hadi

Pn Normawati (AJK PIBG) turut sama-sama dalam Ziarah Cakna kali ini

Hasbul Hadi bersama En Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum)

Sumbangan daripada warga sekolah telah disampaikan
 oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Thursday, November 7, 2019

Program Ziarah Cakna Siri 12

Siri terakhir Program Ziarah Cakna tahun 2019 ialah ke Pangsapuri Alpha Arena iaitu ke rumah murid, Nur Syafiqah Farhanah bt Abd Rashid dari kelas 6 Bonang.

Nur Syafiqah merupakan cahaya mata kepada pasangan En Abd Rashid dan Pn Hasni. Adik Syafiqah telah disahkan mengalami masalah buah pinggang. Keprihatinan daripada pihak sekolah, diharapkan sedikit sebanyak memberi semangat kepada keluarga En Abd Rashid dalam menempuh ujian ini.

Turut hadir pada hari ini ialah Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar), Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran),Pn Nurliza bt Ali (Guru Kelas), Pn Zailezah bt Sardi (Penyelaras Tahun 6), Tn Hj Tarmiji bin Sabali (Guru Tahun 6) serta YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar.

Sekalung terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP, PIBG) atas keprihatinan beliau yang tidak pernah ketinggalan dalam setiap Ziarah Cakna yang diadakan sepanjang tahun ini.

Gambar-gambar sepanjang ziarah dijalankan.






Bilik tempat adik Syafiqah membuat dialisis





Sedikit sumbangan untuk keluarga ini...Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka

Tuesday, October 22, 2019

Program Ziarah Cakna Siri Ke-11

Hari ini, meskipun dalam kesibukan pihak sekolah telah mengambil peluang  melawat keluarga seorang murid Tahun 6 iaitu Muhamad Irfan Darimi bin Abdullah yang tinggal di Pangsapuri Alpha Arena. Dimaklumkan ayahnya telah mengalami kemalangan dan kini masih tidak boleh bekerja. Dengan rasa tanggungjawab dan penuh keprihatinan, lawatan ini dijalankan.

Turut sama-sama ke rumah murid hari ini ialah : 
Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar),
Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG),
Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran),
Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM),
Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang),
Pn Juli bt Mahbah, Pn Rozimah bt Yaakob, Pn Nor Arzah bt Hussin (guru-guru Bimbingan dan Kaunseling), Pn Azizah bt Ab Hamid dan Tn Hj Tarmiji bin Sabali.

Semoga kata-kata semangat dan sedikit sumbangan dari pihak sekolah dapat meringankan beban keluarga ini. 

Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi hajat di hati

Untuk Irfan... janganlah leka dalam berusaha menimba ilmu. Jadikanlah ujian hari ini sebagai titik permulaan membangunkan potensi diri.

Gambar sekitar lawatan pada hari ini








..Doa dan harapan kami agar ayahanda Irfan segera sembuh dan Irfan dapat menjalani hidup seperti biasa dengan lebih bersemangat

Friday, February 1, 2019

Program Ziarah Cakna Siri 2

Program Ziarah Cakna Siri 2 ini diteruskan dengan lawatan ke rumah murid Tahun 6 yang baru sahaja kematian ayahnya pada November 2018 yang lalu. Selain merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan murid, lawatan ini juga memberi peluang berkongsi pendapat antara penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid.

Komitmen padu daripada Tn Hj. Khairul Azhar (YDP PIBG) dalam menjayakn program ini diharapkan mampu meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru dengan berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.

Berikut sekitar lawatan yang diadakan pada hari ini.

Sesi beramah mesra dengan tuan rumah

Uniform di belakang menggamit seribu kenangan.. Semoga kamu lebih tabah, sayang dalam meneruskan kehidupan ini..

Kali ini kami berenam.. Terima kasih Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua program anjuran UBK.

Sedikit sumbangan dari warga sekolah untuk keluarga ini disampaikan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali
Disediakan oleh,
Arzah Hussin

Thursday, January 31, 2019

Program Ziarah Cakna Siri 1

Susulan hasrat Y.B Menteri Pendidikan supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab maka lahirlah pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.

Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga di samping memahami latar belakang keluarga murid.

Manakala tujuan utama ianya dilaksanakan bagi memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.

Hari ini pihak sekolah diwakili Guru Besar, PK HEM, Guru Kaunseling dan guru kelas  berkesempatan meluangkan masa ke rumah murid di Apartmen Anggerik. Semoga ziarah ini mampu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa murid. 

Terima kasih juga kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) turut sama meluangkan masa dalam lawatan kali ini.

Tiba di perkarangan Apartmen Anggerik

Bergambar bersama-sama ahli keluarga murid

Sesi beramah mesra dan bertanya khabar

Puan W.Rosmawati bt W.Ibrahim (Guru Kelas) turut bersama-sama dalam dalam lawatan ini

Sebelum balik, penyampaian sedikit buah tangan untuk keluarga ini. Kami juga dibekalkan dengan sambal bilis yang sangat awesome dari keluarga ini. Semoga murah rezeki mereka.

Disediakan oleh 
Arzah Hussin