... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 16, 2014

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah

Tarikh : 16 Mei 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Tema Hari Guru 2014 : Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) dengan tema warna biru.

Aturcara Sambutan :
-Perarakan guru
-Bacaan doa
-Nyanyian lagu Negaraku
-Ucapan Ketua Murid
-Ucapan Guru Besar
-Ikrar Guru
-Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru
-Persembahan guru
-Penyampaian anugerah

 Berikut ialah paparan gambar sepanjang sambutan berlangsung:

Barisan pentadbir dan guru-guru berkumpul di lobi
sebelum perarakan 

Barisan pentadbir dan guru-guru diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar ke Dewan Perdana





Bacaan yaasin diketuai oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Barisan pentadbir sekolah
Puan Noor Azila dan Puan Norli selaku pengacara majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Ucapan Ketua Murid, Aniq Iqbal bin Zulkarnain
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) 2014
oleh Puan Jamilah binti Arifin (PK HEM)
Ucapan Guru Besar,
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
Ikrar Guru diketuai oleh Encik Ahmad Fuadi 

Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru




Murid-murid berada di Dewan Perdana





Sesi penyerahan hadiah daripada murid-murid kepada guru-guru




Wajah-wajah ceria guru di Hari Guru











Persembahan guru

Kumpulan Manikam dengan lagu Untuk Dia
Kumpulan Delima mempersembahkan lagu Terima Kasih Cikgu
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
mendeklamasikan sajak yang bertajuk
Kehidupan Seorang Guru
Kumpulan Zamrud dengan lagu dan tarian Ketipang Payung
Kumpulan Akik dengan joget dan lagu Oh Fatimah
Kumpulan Nilam-Tarian Pop Yeh Yeh lagu Kenanganku

Anugerah Khas dinilai oleh murid-murid
Anugerah Guru Paling Tegas - Encik Shahrizal bin Ya'am
Anugerah Guru Paling Kacak - Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman
Anugerah Guru Paling Cantik - Puan Norinna binti Mohamed
Anugerah Guru Paling Penyayang - Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

Pada jam 3.00 hingga 5.00 petang, KKGK SKTPP menganjurkan Hi-tea Hari Guru bertempat di Restoran Seafood Putrajaya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar dan NYDP PIBG; Pn. Zarina

Gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis :












Guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan Mei


SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE....

Cabutan Bertuah




TAHNIAH kepada yang bertuah
TERIMA KASIH CIKGU, SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 2014



Thursday, May 15, 2014

In House Training- Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF.

In House Training- Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF

15 Mei 2014 (Khamis) - Satu kursus penyebaran Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF telah dijalankan di Makmal Komputer SKTPP yang disertai semua guru j-QAF SKTPP. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Sistem e-Pelaporan bersepadu program j-QAF dan sekali gus memberi latihan praktikal tentang penggunaan Sistem e-Pelaporan ini. Kursus ini berlangsung sebanyak dua sesi iaitu pada 10.30-12.30 dan 1.30-3.30 petang.

Gambar-gambar sepanjang kursus....





Riang Ria V-Soy

Jom saksikan kegembiraan murid-murid Tahap 1 bersama program V-Soy Soya Bean Milk petang tadi...
Sukanya dia...

Program Guru Penyayang (Mentor Mentee Bulan Mei 2014)

Program Mentor Mentee bagi bulan Mei Tahun 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya. 
Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee adalah seperti butiran yang berikut:

Tajuk:   Pengurusan Emosi (Kemarahan)
Tarikh: 15 Mei 2014 (Khamis)
Masa:   30 minit
Tempat: Di dalam kelas mentee
Sasaran: Semua murid tahap dua

Objektif:
1.   Mentee dapat mengawal emosi semasa bergaul dengan rakan-rakan
2.   Mentor dapat mengenalpasti kesan dari kemarahan yang wujud dalam kalangan mentee
3.   Mentee dapat berfikir secara rasional apabila wujud sebarang konflik di antara mereka


Rumusan:
Mentee boleh bertindak secara bijaksana dalam menangani setiap konflik yang dihadapi

Falsafah:
Setiap konflik dapat dihindari jika murid mempunyai kemahiran yang khusus bagi mengawal emosi mereka.

Berikut merupakan paparan gambar sepanjang program berlangsung:






















Monday, May 12, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-19 (Sesi Petang)

Tarikh   : 12 Mei 2014
Masa    : 1.20 - 1.50
Tempat  : Dewan Perdana

Guru-guru Bertugas:

  1. Pn Nora bt Sabihi
  2. Pn Nazahiyah bt Ab Rahman
  3. Pn Salmi bt Adnan
  4. Pn Nor Holwani bt Yahaya
  5. Pn Siti Maziah bt Tajuddin
  6. Pn Nurazlin bt Mat Nor
Laporan
  1. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir.
  • Bacaan doa oleh adik Najwan Danish Danial.
  • Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Salmi bt Adnan.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hurin Batrisya.

    2.  Laporan guru bertugas minggu lepas, Pn Yusnita bt Yunus
  •  Murid-murid dinasihati supaya jangan berlari dalam kawasan sekolah terutamanya ketika hujan kerana boleh membahayakan murid-murid.
    3  Ucapan guru bertugas pada minggu ini, Pn Salmi bt Adnan
  • Memperkenalkan barisan guru-guru bertugas pada minggu ini.
  • Perkataan lawad pada minggu ini
              1. Bahasa Melayu - menyapa (kata-kata)
              2. Bahasa Inggeris - dinner (makan malam)
              3. Bahasa Arab - Alqariah (membaca)
  • Pengumuman
              1. Peperiksaan Jawi bagi tahun1,2 dan 3 akan dijalankan pada pukul 2.15 - 3.15 petang.
              2. Aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu DIBATALKAN.
              3. Kelas Tasmek BERJALAN SEPERTI BIASA.
  • Tema pada minggu ini ialah Melayari Internet Secara Berhemah
          1. Tujuan melayari internet adalah untuk menambah ilmu pengetahuan melalui maklumat yang          diperoleh darinya.
          2. Jauhi diri daripada menonton video-video lucah yang menjerumus diri ke arah keburukan.
          3. Gunakan laman sosial ke arah kebaikan.

      4   Ucapan Guru Besar, Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali
  • Sambutan Perayaan Bulan Mei
          Hari Ibu - menghormati ibu masing-masing

          Hari Guru pada 16 Mei 2014 (Jumaat)
          - murid-murid dikehendaki datang ke sekolah pada sesi pagi.
          - murid-murid perlu menjaga disiplin dan peraturan sekolah.
          - murid-murid perlu menghargai guru masing-masing.
  • Murid tidak dibenarkan menggunakan pagar A kecuali murid yang menunggang basikal dan yang berjalan kaki. Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan laluan di Pagar B untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan.
  • Memaklumkan bahawa sekolah telah memohon papan tanda keselamatan, garisan kuning dan menutup lubang-lubang di jalan daripada pihak Majlis Perbandaran Sepang.
  • Murid-murid perlu mengingati visi dan misi PPDa:
          Visi PPDa - Sekolah bebas dadah, negara bebas dadah 2015

          Misi PPDa - Melahirkan pelajar bebas melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah PPDa yang mantap dan berkesan bagi memastikan sekolah bebas dari dadah.
  • Ucapan tahniah buat pasukan Hoki Lelaki kerana telah meraih johan manakala pasukan Hoki Perempuan telah meraih tempat ketiga.
Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang.

Laporan disediakan oleh Pn Nurazlin bt Mat Nor

Sesi Bergambar Murid Bersama Guru Kegemaran - Sesi Pagi

Hari      : Isnin
Tarikh   : 12 Mei 2014
Tempat : Dermaga Minda
Masa    : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Sesi bergambar antara murid bersama dengan guru kegemaran masing-masing telah dijalankan pada hari Isnin pagi. Aktiviti ini dikelolakan oleh Cikgu Arjunawati,Cikgu Nor-Azura Mustafa, Cikgu Parimala dan Cikgu Norinna.

Murid-murid yang telah menempah untuk mengambil gambar telah beraksi dengan begitu gembira dan menarik sekali bersama guru-guru kegemaran masing-masing. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang mesra antara guru dan murid.


Murid berkumpul menunggu giliran.
Cikgu Parimala dan murid
Cikgu Shahrizal segak bersama murid
Guru-guru yang menjayakan sesi bergambar

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-19 (Sesi Pagi)

Tarikh : 12 Mei 2014
Masa : 7.30 hingga 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru-guru bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi
2. Puan Azwani binti Mohamed Noordin
3. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
4. Puan Mazzaini binti Muda
5. Puan Rosmizawati binti Yusub
6. Puan Rima binti Ma'on
7. Puan Norinna binti Mohamed
8. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan

Laporan
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Noor.
  • Bacaan doa oleh adik Muhammad Shahrizal bin Rahmat
  • Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Mazzaini binti Muda
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain
2. Laporan guru bertugas minggu lepas, Puan Rozaitul Ikhma binti Ab Razak
  • Kebersihan kantin-Murid-murid perlu membuang plastik-plastik, kotak minuman ke dalam tong sampah yang disediakan kerana didapati sampah-sampah ditinggalkan atas meja selepas waktu rehat.
  • Murid-murid hendaklah makan di kantin sekolah dengan tertib. Meja di kantin sekolah yang disediakan cukup untuk menampung semua murid. Pinggan, cawan dan mangkuk yang telah digunakan perlu diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. Hal ini kerana ada segelintir murid-murid yang makan dan meninggalkan pinggan, cawan di tepi longkang.
3. Ucapan guru bertugas pada minggu ini, Puan Mazzaini binti Muda
  • Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini
  • Lawad pada hari ini
  1. Bahasa Melayu - bolot makna gondol/peroleh
  2. Bahasa Inggeris - paddle makna dayung
  3. Bahasa Arab - la-ibul-kurati makna bermain bola
  • Tema minggu ini ialah Melayari Internet Secara Berhemah
  1. Melayari bermakna melihat, membaca, menonton bahan-bahan yang disediakan dalam internet seperti surat khabar, laman-laman PdP, blog guru-guru yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan.
  2. Tujuan melayari internet ialah untuk menambah ilmu pengetahuan dengan mencari pelbagai maklumat yang diperlukan, digunakan untuk pembelajaran dan juga untuk mengisi masa lapang.
  3. Elakkan diri daripada menonton video-video negatif dan permainan video yang boleh menyumbang keburukan, menyebabkan ketagih dan merosakkan minda.
4. Taklimat 5 minit PPDa oleh Puan Jamilah binti Mohd Yusuf
  • Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal.
  • Pengambilan dadah boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.
  • Jenis-jenis dadah yang popular pada masa kini ialah ganja, kokain, morfin, heroin dan esctasy.
5. Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang
  • SKTPP telah berjaya mendapat Johan bagi kategori lelaki dan tempat ketiga bagi kategori perempuan. Hadiah kepada para pemain hoki lelaki (19 orang) dan perempuan (14 orang) telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.
Jurulatih Pasukan Hoki SKTPP, Encik Pazli bin Zawawi
Pemain hoki perempuan
Pemain hoki lelaki
Hadiah kepada penjaring terbanyak, Muhammad Faris
Aiman bin Zulkifli (6 Keruing)
Piala Pusingan bagi Johan keseluruhan sekolah rendah
Pasukan hoki SKTPP bersama pentadbir sekolah dan jurulatih
Pasukan hoki SKTPP benci dadah!!!!
6. Taklimat disiplin oleh Encik Shahrizal bin Ya'am
  • Murid-murid yang menaiki kenderaan tidak dibenarkan melalui pagar A. Memo makluman berkenaan larangan penggunaan pagar A telah diedarkan pada minggu lepas. Murid-murid yang menunggang basikal dan berjalan kaki sahaja yang dibenarkan menggunakan pagar A. 
  • Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kawasan dataran sekolah. Dataran sekolah hanya boleh digunakan untuk sesi perhimpunan dan aktiviti bersama guru sahaja.
  • Murid-murid perlu memastikan barang-barang berharga (wang, pensel mekanikal) dibawa bersama-sama ketika waktu rehat atau ke bilik khas untuk mengelakkan kecurian.
Taklimat disiplin oleh Encik Shahrizal bin Ya'am
7. Ucapan guru besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
  • Mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain hoki yang telah mengharumkan nama sekolah.
  • Mohon kerjasama semua guru terutama guru bertugas untuk memantau penggunaan pagar A.
  • Memaklumkan bahawa pihak sekolah bersama PIBG telah memohon papan tanda keselamatan dengan Majlis Perbandaran Sepang untuk diletakkan di sekitar kawasan sekolah.
  • Menasihatkan murid-murid agar menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan.
  • Murid-murid perlu mengingati dan menghayati visi dan misi PPDa
          Visi : Sekolah Bebas Dadah
                  Negara Bebas Dadah 2015

         Misi : Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan
                  Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dadah.

Ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
Perhimpunan tamat jam 8.30 pagi