Monday, May 12, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-19 (Sesi Pagi)

Tarikh : 12 Mei 2014
Masa : 7.30 hingga 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru-guru bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi
2. Puan Azwani binti Mohamed Noordin
3. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
4. Puan Mazzaini binti Muda
5. Puan Rosmizawati binti Yusub
6. Puan Rima binti Ma'on
7. Puan Norinna binti Mohamed
8. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan

Laporan
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Noor.
  • Bacaan doa oleh adik Muhammad Shahrizal bin Rahmat
  • Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Mazzaini binti Muda
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain
2. Laporan guru bertugas minggu lepas, Puan Rozaitul Ikhma binti Ab Razak
  • Kebersihan kantin-Murid-murid perlu membuang plastik-plastik, kotak minuman ke dalam tong sampah yang disediakan kerana didapati sampah-sampah ditinggalkan atas meja selepas waktu rehat.
  • Murid-murid hendaklah makan di kantin sekolah dengan tertib. Meja di kantin sekolah yang disediakan cukup untuk menampung semua murid. Pinggan, cawan dan mangkuk yang telah digunakan perlu diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. Hal ini kerana ada segelintir murid-murid yang makan dan meninggalkan pinggan, cawan di tepi longkang.
3. Ucapan guru bertugas pada minggu ini, Puan Mazzaini binti Muda
  • Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini
  • Lawad pada hari ini
  1. Bahasa Melayu - bolot makna gondol/peroleh
  2. Bahasa Inggeris - paddle makna dayung
  3. Bahasa Arab - la-ibul-kurati makna bermain bola
  • Tema minggu ini ialah Melayari Internet Secara Berhemah
  1. Melayari bermakna melihat, membaca, menonton bahan-bahan yang disediakan dalam internet seperti surat khabar, laman-laman PdP, blog guru-guru yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan.
  2. Tujuan melayari internet ialah untuk menambah ilmu pengetahuan dengan mencari pelbagai maklumat yang diperlukan, digunakan untuk pembelajaran dan juga untuk mengisi masa lapang.
  3. Elakkan diri daripada menonton video-video negatif dan permainan video yang boleh menyumbang keburukan, menyebabkan ketagih dan merosakkan minda.
4. Taklimat 5 minit PPDa oleh Puan Jamilah binti Mohd Yusuf
  • Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal.
  • Pengambilan dadah boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.
  • Jenis-jenis dadah yang popular pada masa kini ialah ganja, kokain, morfin, heroin dan esctasy.
5. Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang
  • SKTPP telah berjaya mendapat Johan bagi kategori lelaki dan tempat ketiga bagi kategori perempuan. Hadiah kepada para pemain hoki lelaki (19 orang) dan perempuan (14 orang) telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.
Jurulatih Pasukan Hoki SKTPP, Encik Pazli bin Zawawi
Pemain hoki perempuan
Pemain hoki lelaki
Hadiah kepada penjaring terbanyak, Muhammad Faris
Aiman bin Zulkifli (6 Keruing)
Piala Pusingan bagi Johan keseluruhan sekolah rendah
Pasukan hoki SKTPP bersama pentadbir sekolah dan jurulatih
Pasukan hoki SKTPP benci dadah!!!!
6. Taklimat disiplin oleh Encik Shahrizal bin Ya'am
  • Murid-murid yang menaiki kenderaan tidak dibenarkan melalui pagar A. Memo makluman berkenaan larangan penggunaan pagar A telah diedarkan pada minggu lepas. Murid-murid yang menunggang basikal dan berjalan kaki sahaja yang dibenarkan menggunakan pagar A. 
  • Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kawasan dataran sekolah. Dataran sekolah hanya boleh digunakan untuk sesi perhimpunan dan aktiviti bersama guru sahaja.
  • Murid-murid perlu memastikan barang-barang berharga (wang, pensel mekanikal) dibawa bersama-sama ketika waktu rehat atau ke bilik khas untuk mengelakkan kecurian.
Taklimat disiplin oleh Encik Shahrizal bin Ya'am
7. Ucapan guru besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
  • Mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain hoki yang telah mengharumkan nama sekolah.
  • Mohon kerjasama semua guru terutama guru bertugas untuk memantau penggunaan pagar A.
  • Memaklumkan bahawa pihak sekolah bersama PIBG telah memohon papan tanda keselamatan dengan Majlis Perbandaran Sepang untuk diletakkan di sekitar kawasan sekolah.
  • Menasihatkan murid-murid agar menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan.
  • Murid-murid perlu mengingati dan menghayati visi dan misi PPDa
          Visi : Sekolah Bebas Dadah
                  Negara Bebas Dadah 2015

         Misi : Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan
                  Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dadah.

Ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
Perhimpunan tamat jam 8.30 pagi

No comments:

Post a Comment