Friday, May 16, 2014

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah

Tarikh : 16 Mei 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Tema Hari Guru 2014 : Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) dengan tema warna biru.

Aturcara Sambutan :
-Perarakan guru
-Bacaan doa
-Nyanyian lagu Negaraku
-Ucapan Ketua Murid
-Ucapan Guru Besar
-Ikrar Guru
-Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru
-Persembahan guru
-Penyampaian anugerah

 Berikut ialah paparan gambar sepanjang sambutan berlangsung:

Barisan pentadbir dan guru-guru berkumpul di lobi
sebelum perarakan 

Barisan pentadbir dan guru-guru diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar ke Dewan Perdana





Bacaan yaasin diketuai oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Barisan pentadbir sekolah
Puan Noor Azila dan Puan Norli selaku pengacara majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Ucapan Ketua Murid, Aniq Iqbal bin Zulkarnain
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) 2014
oleh Puan Jamilah binti Arifin (PK HEM)
Ucapan Guru Besar,
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
Ikrar Guru diketuai oleh Encik Ahmad Fuadi 

Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru




Murid-murid berada di Dewan Perdana





Sesi penyerahan hadiah daripada murid-murid kepada guru-guru




Wajah-wajah ceria guru di Hari Guru











Persembahan guru

Kumpulan Manikam dengan lagu Untuk Dia
Kumpulan Delima mempersembahkan lagu Terima Kasih Cikgu
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
mendeklamasikan sajak yang bertajuk
Kehidupan Seorang Guru
Kumpulan Zamrud dengan lagu dan tarian Ketipang Payung
Kumpulan Akik dengan joget dan lagu Oh Fatimah
Kumpulan Nilam-Tarian Pop Yeh Yeh lagu Kenanganku

Anugerah Khas dinilai oleh murid-murid
Anugerah Guru Paling Tegas - Encik Shahrizal bin Ya'am
Anugerah Guru Paling Kacak - Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman
Anugerah Guru Paling Cantik - Puan Norinna binti Mohamed
Anugerah Guru Paling Penyayang - Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

Pada jam 3.00 hingga 5.00 petang, KKGK SKTPP menganjurkan Hi-tea Hari Guru bertempat di Restoran Seafood Putrajaya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar dan NYDP PIBG; Pn. Zarina

Gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis :












Guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan Mei


SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE....

Cabutan Bertuah




TAHNIAH kepada yang bertuah
TERIMA KASIH CIKGU, SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment