... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, June 19, 2014

Program Kidzania Go!

Hari: Khamis
Tarikh: 19 Jun 2014
Tempat: Dewan Perdana, SKTPP
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang


Program Kidzania Go! merupakan suatu program yang dianjurkan secara percuma oleh pihak Kidzania dan terbuka kepada murid tahap 2 sahaja. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh fasilitor-fasilitator Kidzania. Peserta terdiri daripada 50 orang murid yang terlibat dalam pertandingan Greener World with Kidzania dan 200 orang murid yang mendapat pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. 

Dipaparkan gambar-gambar sepanjang program berlangsung:-

Pendaftaran murid-murid yang terlibat





Cikgu Shahrizal memberi taklimat disiplin kepada murid-murid


Bas Kidzania Go! yang membawa peralatan yang berkaitan




Fasilitator dari Kidzania Go! memasang peralatan bagi program ini





Bacaan doa dari Ustaz Zainuddin


Fasilitator Kidzania Go! 


Stesen yang disediakan sepanjang Kidzania Go! berlangsung













Kupon masuk ke Kidzania Go! bagi murid-murid yang terlibat pada hari tersebut





Cenderahati dari pihak Kidzania Go! kepada sekolah


Cenderahati dari pihak sekolah kepada Kidzania Go!



Terima kasih buat Kidzania dari seluruh warga sekolah SKTPP..

Wednesday, June 18, 2014

Hari Jalinan Mesra Sesi Petang

Hari Jalinan Mesra bagi sesi petang SK Taman Putra Perdana telah berlangsung pada :

Hari: Rabu
Tarikh: 18 Jun 2014
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Kelas masing-masing

Sebagaimana meriahnya Hari Jalinan Mesra sesi pagi, tidak kurang juga dengan kemeriahannya bagi sesi petang. Seperti yang telah kita ketahui, program pada hari ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa atau penjaga untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, program seperti ini juga boleh dijadikan platform bagi kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Semoga hubungan dan kerjasama erat di antara ibu bapa / penjaga dan guru ini, dapat terus diperkukuhkan lagi demi memajukan potensi diri pelajar agar usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial ini berhasil.

Berikut adalah paparan yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung;

Pn. Rozimah selaku penyambut tetamu dan penunjuk arah dibantu oleh beberapa orang murid PRS

1. Perbincangan dan pelaporan pencapaian murid-murid Tahun 1 






2. Perbincangan dan pelaporan pencapaian murid-murid Tahun 2



3. Perbincangan dan pelaporan pencapaian murid-murid Tahun 3 



4. Reaksi para ibu bapa yang sabar menunggu giliran masing-masing 


Kaunter PIBG juga dibuka bagi memudahkan para ibu bapa yang belum berkesempatan melunaskan bayaran sumbangan PIBG untuk berbuat demikian dan mendapatkan info mengenai program-program PIBG

Hari Jalinan Mesra Sesi Pagi

Hari: Rabu
Tarikh: 18 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kelas anak masing-masing

Hari Jalinan Mesra ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru anak-anak mereka terutamanya guru kelas tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi bermula dari pukul 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di kelas anak masing-masing. Ibu bapa mulai hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak dari Tahun 4 hingga Tahun 6 serta murid PPKI.
  
Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan sosial. Semoga usaha ini mampu melahirkan murid-murid SKTPP yang cemelang bagi menghadapi kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Berikut adalah rakaman aktiviti sepanjang Hari Jalinan Mesra berlangsung:-

Ibu bapa dan guru kelas berbincang tentang pencapaian murid







Kaunter PIBG dibuka di Laluan Patriotik bagi menerima sumbangan PIBG, menjawab pertanyaan mengenai projek PIBG spt ezy sms dll





Jualan PPDa juga dibuka