... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, June 18, 2014

Hari Jalinan Mesra Sesi Petang

Hari Jalinan Mesra bagi sesi petang SK Taman Putra Perdana telah berlangsung pada :

Hari: Rabu
Tarikh: 18 Jun 2014
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Kelas masing-masing

Sebagaimana meriahnya Hari Jalinan Mesra sesi pagi, tidak kurang juga dengan kemeriahannya bagi sesi petang. Seperti yang telah kita ketahui, program pada hari ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa atau penjaga untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, program seperti ini juga boleh dijadikan platform bagi kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Semoga hubungan dan kerjasama erat di antara ibu bapa / penjaga dan guru ini, dapat terus diperkukuhkan lagi demi memajukan potensi diri pelajar agar usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial ini berhasil.

Berikut adalah paparan yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung;

Pn. Rozimah selaku penyambut tetamu dan penunjuk arah dibantu oleh beberapa orang murid PRS

1. Perbincangan dan pelaporan pencapaian murid-murid Tahun 1 






2. Perbincangan dan pelaporan pencapaian murid-murid Tahun 2



3. Perbincangan dan pelaporan pencapaian murid-murid Tahun 3 



4. Reaksi para ibu bapa yang sabar menunggu giliran masing-masing 


Kaunter PIBG juga dibuka bagi memudahkan para ibu bapa yang belum berkesempatan melunaskan bayaran sumbangan PIBG untuk berbuat demikian dan mendapatkan info mengenai program-program PIBG

No comments:

Post a Comment