Tarikh: 18 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kelas anak masing-masing
Hari Jalinan Mesra ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru anak-anak mereka terutamanya guru kelas tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.
Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi bermula dari
pukul 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di kelas anak masing-masing. Ibu bapa
mulai hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak dari Tahun 4 hingga Tahun 6 serta murid PPKI.
Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga
sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan
kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan
insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan sosial. Semoga usaha ini
mampu melahirkan murid-murid SKTPP yang cemelang bagi menghadapi kehidupan dan persekitaran yang
semakin mencabar pada masa hadapan.
Berikut adalah rakaman aktiviti sepanjang Hari Jalinan Mesra
berlangsung:-
Ibu bapa dan guru kelas berbincang tentang pencapaian murid
Kaunter PIBG dibuka di Laluan Patriotik bagi menerima sumbangan PIBG, menjawab pertanyaan mengenai projek PIBG spt ezy sms dll
Jualan PPDa juga dibuka
No comments:
Post a Comment