... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 11, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Petang)

Tarikh : 07 - 11 Ogos 2023

Hari    : Isnin - Jumaat

Kumpulan Bertugas : Kumpulan A

Senarai Guru Bertugas Kumpulan A

1. Nor Amirul Fitri bin Othman (K)

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Sami binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tema Warna Pakaian : Ungu 

Pengacara Majlis : Ustazah Nor Rafini

Masa : 1.00 hingga 1.30 petang

Aturcara :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah


2. Bacaan doa yang diketuai oleh pengawas bertugas iaitu adik Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham (3 Tempua)


3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Ustazah Nor Rafini

4. Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Sarifuddin (3 Tempua)


5. Laporan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh cikgu Ahmad Junaidi. Antara perkara yang dilaporkan ialah :

*Murid-murid diingatkan untuk menghormati lagu Negaraku. Murid-murid perlu berhenti dan berdiri tegak ketika mendengar lagu tersebut.

*Murid-murid juga diingatkan untuk mengamalkan sikap tolak ansur terutama sewaktu turun tangga. Tidak dibenarkan bertolak-tolak terutama pada waktu balik bagi mengelakkan murid daripada terjatuh.


6. Ucapan Ustazah Nor Rafini selaku pengacara majlis perhimpunan 

Tema Ucapan : Pemikiran positif 

Perkataan LAWAD : 1. Perkataan Bahasa Melayu : Erat bermaksud hubungan yang rapat

                                   2. Perkataan Bahasa Inggeris : Roof bermaksud bumbung

                                   3. Perkataan Bahasa Arab : Farohun bermaksud gembira

7. Ucapan Guru Disiplin (Cikgu Aizil Hasyimi)

*Kekemasan Rambut 

- Murid perempuan yang tidak memakai tudung perlu ikat rambut satu sahaja. Getah yang digunakan untuk mengikat rambut hanya satu warna sahaja.

- Murid lelaki tidak dibenarkan memotong rambut mengikut trend. Rambut perlu dipotong pendek sahaja tanpa sebarang fesyen. Bagi mengetahui samada rambut tersebut panjang, bila ia mencecah telinga dan di bahagian hadapan bila ditarik mencecah hidung.

8. Sesi penyampaian hadiah Program 3S bagi bulan julai telah diumumkan oleh cikgu Nik Rosmaliza dan hadiah kepada murid contoh 3S disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, cikgu Naga.


 Cerita Yang Berlaku di Sesi Petang Sepanjang Minggu Ini

Murid-murid mengalunkan zikir ketika berada di Dewan Perdana sementara menunggu untuk masuk ke kelas

 

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari Selasa



Antara situasi murid waktu rehat di kantin

Situasi murid waktu balik di tangga

Persiapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada hari jumaat

Tuesday, August 8, 2023

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Pada 8 Ogos 2023 iaitu hari Selasa, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2023.  Program ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP. Murid-murid dan seluruh warga sekolah diharap dapat merasai pengalaman menyambut hari kemerdekaan melalui aktiviti sambutan yang diadakan di peringkat sekolah. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk  semangat cintakan negara dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan warga SKTPP.

Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

Objektif program ini adalah :

1.  Menyemai semangat cinta akan negara

2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara

3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama

4.Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme

  Mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara

Poster Majlis Pelancaran Sambutan Bulan dan Hari Malaysia telah dihasilkan oleh Encik Mohd Rusydan bin Ismail..


Buku Program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pula adalah hasil tangan Puan Nur Zakiah..

Klik sini untuk paparan lengkap buku program
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

Saksikan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah berlangsung di dataran perhimpunan dan di dewan perdana.

Majlis ini telah dikendalikan oleh Puan Nurliza dan Cik Roslinda (sesi pagi) serta Puan Nik Rosmaliza dan Encik Nor Azuad (sesi petang) selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi dan Encik Saifullah dengan harapan agar program berjalan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan segala urusan.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Tn. Haji Megat Md Salleh bin Md Arshad. Beliau selaku wakil ibu bapa mengucapkan rasa kesyukuran kerana kita dapat menyambut bulan kemerdekaan dalam suasana yang aman dan harmoni di peringkat sekolah. 

Tidaklah lengkap sesuatu program sekiranya tiada ucapan pelancaran daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Menerusi ucapan pelancarannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan rasa kesyukuran atas usaha pihak sekolah dalam menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kerjasama daripada semua warga sekolah terutama panitia-panitia yang terlibat sebagai jawatankuasa pelaksana penganjuran program ini diharapkan akan menjadi satu wadah perjuangan dalam usaha menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara selain memperkasa jati diri kita.

Majlis seterusnya diikuti dengan upacara gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah pada tahun ini. Gimik pelancaran ini telah dihasilkan oleh Encik Zairudin, Puan Norhayati, Encik Abdul Hafiz dan Encik Aizil dengan kerjasama guru-guru serta warga SKTPP.

Menyusul selepas gimik pelancaran majlis ialah nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2023 yang berjudul "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan". Semua warga sekolah dijemput untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu tema ini dengan penuh bersemangat.


Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah berpakaian mengikut tema terbaik

Guru-guru yang dipilih di sesi pagi

Guru-guru yang dipilih di sesi petang

Seterusnya ialah hebahan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah. 

Aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah seliaan panitia yang terlibat

Semua murid dan warga sekolah diharapkan dapat memberi sokongan dengan melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.  Secara tidak langsung, program ini akan berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

Ahli Jawatankuasa
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan
SK Taman Putra Perdana

Monday, August 7, 2023

Majlis Pelancaran Program Kawanku Al-Quran


Tarikh : 07 Ogos 2023

Hari : Isnin

Pautan Buku Program :https://online.anyflip.com/ozibu/nvny/mobile/index.html

Pengenalan :

Program Kawanku Al-Quran merupakan satu program yang dirancang untuk memperkasakan dan memantapkan tahap bacaan Iqra' dan Al-Quran bagi murid-murid SK Taman Putra Perdana. Bagi mencapai sasaran tersebut, murid-murid yang lemah penguasaan bacaan Iqra' dan bacaan iqra' bawah daripada Iqra' 4 telah dikenalpasti untuk diberi penekanan dan perhatian yang sebaiknya. Ia membolehkan murid yang terlibat secara langsung dalam program J-Qaf dapat menguasai bacaan bagi membolehkan mereka membaca Al-Quran dengan baik. Seterusnya dapat memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu murid-murid berjaya khatamkan Al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Objektif

1. Memperkasakan mutu bacaan Iqra' dan Al-Quran dalam kalangan murid.

2. Memberikan penekanan kaedah talaqqi musyafahah yang mampu memotivasikan murid agar mencintai Al-Quran.

3. Mengurangkan bilangan murid tercicir dalam bacaan Al-Quran di sekolah.

4. Meningkatkan tahap bacaan Iqra' kepada tahap yang lebih tinggi seterusnya berjaya khatamkan Al- Quran.

5. Merapatkan hubungan antara murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh Muhammad Imaduddin dan Muhammad Ashraf Hakimi

Pengacara majlis Ustaz Syed Farhan bin Syed Abdullah

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

 
       
Bergambar semasa perasmian Program Kawanku Al-Quran

                                

Taklimat mentor mentee oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

        Mudah-mudahan dengan adanya program seumpama ini dapat menjadikan murid-murid SK Taman Putra Perdana lebih mencintai Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh :
Mas Ayu binti Arifin

Friday, August 4, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-18 (Sesi Petang)

Tarikh : 31 Julai 2023 - 4 Ogos 2023

Hari    : Isnin - Jumaat

Senarai Guru Bertugas Kumpulan F

1. Rusmami bin Rusli (K)

2. Ahmad Junaidi bin Abdullah

3. Nor Azuad bin Md. Yusof

4. Norhidayu bt Sadri

5. Nur Malisha binti Omar

6. Siti Aisah binti Hanafi

7. Nurazlin binti Mat Nor

8. Nor Maziah binti Hj Abd Malek

9. Shanthini Sree a/p Mathialathan

Barisan para guru bertugas sepanjang minggu ini

Suasana sepanjang perhimpunan rasmi.

Hari: Isnin

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Tema Warna Pakaian: Kuning

Tajuk: Bertolak Ansur

Masa: 1.00 petang hingga 1.30 petang

Bacaan doa 

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya

Bacaan Ikrar Murid 
           

Pengerusi majlis menyampaikan ucapan

Antara isi penting dalam ucapan Cikgu Nurazlin ialah murid-murid diingatkan agar sentiasa bertolak ansur semasa turun dan naik tangga semasa rehat atau setelah tamat waktu persekolahan. Hal ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti terjatuh dan cedera daripada berlaku.

Cikgu Aizil selaku penyampai laporan guru bertugas minggu lepas

Berikut laporan guru bertugas pada minggu lepas..



Encik Naga, GPK Petang memberikan ucapan

Berikut ialah pesanan dalam ucapan beliau,
  1. Tidak dibenarkan murid berkeliaran di merata tempat sewaktu sesi pembelajaran.
  2. Masalah kehilangan kasut meningkat. Murid dinasihatkan supaya menyimpan kasut di rak semasa ke bilik-bilik khas atau surau. Nama sebaik-baiknya ditulis pada kasut.
Seterusnya, majlis perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan bagi dua orang murid yang telah menjadi johan dalam pertandingan Kejohanan Kriket Kategori U12 MSSD Sepang.

Adik Khairul Nazim, 3 Kasawari

Adik Muhammad Daiyan, 3 Merpati

Tahniah!


Dengan berakhirnya penyampaian sijil penghargaan itu maka perhimpunan rasmi pun berakhir dan sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa dalam keadaan terkawal sepanjang minggu ini. Syukur.

Berikut ialah rakaman video pergerakan murid dan guru bertugas sesi petang yang sempat dirakam.


Sekian.


Disediakan oleh: Siti Aisah binti Hanafi

Laporan Bertugas Minggu ke-18 (Sesi Pagi)

Persekolahan minggu ke-18 telah tamat dengan jayanya. Guru bertugas kumpulan H telah selesai melaksanakan tugasan dalam keadaan terkawal. 

Berikut merupakan laporan dan gambar bertugas minggu ini.

Hari       : Isnin hingga Jumaat

Tarikh    : 31 Julai - 4 Ogos 2023

Tema     : Bertolak Ansur

Kumpulan Bertugas  : Kumpulan F


Senarai nama guru bertugas:

1. Pn. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

2. Pn. Norbaizura binti Nordin

3. Pn. Noorayuni binti Ab. Fatah

4. Pn. Mas Ayu binti Arifin

5. Pn. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

6. Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

7. Pn. Noor Hayati binti Yusof

8. En. Mohd Rusydan bin Ismail

9. Pn. Nurliza binti Ab Rahman

10. Pn. Azlina binti Mat Isa

11. Cik Azwane binti Adnan

12. Pn. Farissma binti Reping

Barisan Guru bertugas

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

- Dipengacarakan oleh Cik Azwane binti Adnan

- Atur cara :

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
  • Bacaan doa oleh wakil murid.
  • Bacaan ikrar Rukun Negara, ikrar Keselamatan Jalan Raya dan ikrar sekolah.
- Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Pn. Julaili binti Onian. Antara yang diaporkan ialah :
  • Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas, persekitaran sekolah dan di kantin.
  • Disiplin murid terkawal dan diharapkan agar menjadi lebih baik pada minggu seterusnya.
- Seterusnya ialah ucapan guru bertugas minggu ini yang disampaikan oleh Cik Azwane binti Adnan.
  • Memperkenalkan barisan guru bertugas kumpulan H.
  • Perkataan LAWAD (Learn A Word A Day)
       Perkataan Bahasa Melayu 
             isi hati       = perasaan
       Perkataan Bahasa Inggeris :                       dump        = lembap
       Perkataan bahasa Arab :                             wisadatu  = bantal

Ucapan dari Cik Azwane binti Adnan

- Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Pn. Fauziah binti Salehoddin)
  • Tahniah dan syabas buat pasukan bola sepak dan kriket sekolah membawa pulang kejayaan.
  • Sentiasa menjaga kebersihan kelas dan kebersihan diri.
  • Minggu ini murid sekolah terlibat dengan pertandingan sukan bola jaring dan latihan olahraga.
  • Murid-murid hendaklah sentiasa berdisiplin di dalam kelas walaupun semasa ketiadaan guru dan diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.
Ucapan dari Pn. Fauziah binti Salehoddin (PK Koku)


CERITA SEPANJANG MINGGU INI











  Pada 3 Ogos 2023 (Khamis), telah berlangsung Program Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah  yang berlangsung  di Dewan Kuliah IPG Teknik, Nilai.



 
Terima kasih atas kerjasama semua pihak

Disediakan oleh : Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji