Thursday, April 22, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

Hari : ISNIN
Tarikh : 19 APRIL 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
1. En Kamarul
2. Pn A’ishah
3. Pn Norizan
4. Pn Shurhama
5. Pn Lorna Rina
6. Pn Suraini

Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas

1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah (Muhd Afham Syahir-4 Linux)

2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : MERBOK
4.3 Tahun 4 : LINUX

5. Ucapan Guru Bertugas : ( Pn Norizan)
1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
6. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : BERDIKARI
2. Bahasa Inggeris : SELF RELIANT
3. Bahasa Arab : IHTIMAM ‘ALA NAFSI


7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas :
( Pn Nurhayu
1. Ucapan tahniah kepada semua murid dan guru kerana beratur dengan baik ketika bergerak ke kelas.
2. Guru-guru dikehendaki melepaskan murid pulang setelah loceng dibunyikan.
3. Murid tidak dibenarkan berlari atau bermain di dataran sewaktu rehat.

8. Pengumuman-pengumuman :
( Pn Nik Rosmaliza )

8.1 Penyampaian hadiah pertandingan Pendidikan Seni yang diadakan pada 5 hingga 9 April kepada murid-murid yang memenagi hadiah saguhati, tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.

9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan :
( Pn Siti Hanim – PK Petang )
1. Wabak H1N1 masih ada dan sedang berleluasa kini dan semua murid diminta menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah dan tandas. Diharap murid dapat mengamalkan basuh tangan sebelum makan.
2. Tentang penyemakan buku tulis, ibu bapa murid diminta menandatangani cop pada buku tersebut.
3. Semasa hujan murid tidak dibenarkan berlari kerana lantai licin,murid dikehendaki berjalan dengan pantas sahaja bukan berlari
4. Jika tidak hadir ke sekolah murid hendaklah menulis surat, jangan tidak hadir sesuka hati .Jika berlaku demikian sekolah akan keluarkan surat amaran 1, kemudian surat amaran 2 akhir sekali surat berhenti sekolah.
5. Hari Sabtu adalah hari sukan dan murid diminta hadir untuk memeriahkannya.
6. Murid –murid diminta turun dari kelas ke tapak perhimpunan melalui tangga-tangga yang tertentu yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment