Thursday, April 15, 2010

TEKNIK MENJAWAB UPSR FASA I

SAINS & BAHASA MELAYU

Program Teknik Menjawab UPSR telah dilaksanakan pada 12 April 2010, Isnin bermula pada pukul 8.30 malam hingga pukul 10.30 malam. Sesi ke2 akan dilaksanakan pada 19 April 2010 pada waktu yang sama minggu hadapan.


Murid-murid yang begitu bersemangat untuk mengikuti Program Teknik Menjawab UPSR dan bersedia untuk diagihkan kepada 2 kumpulan.
En Johari B Sahar, penceramah jemputan bagi mata pelajaran Sains memberikan teknik-teknik yang mudah untuk menjawab UPSR bagi mendapatkan markah yang disediakan
Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan kerana masalah tempat yang agak terhad. Sebilangan murid yang mendengar ceramah untuk mata pelajaran Sains ditempatkan di dewan terbuka.
Penceramah jemputan En Fadzli b Mohd Salleh menerangkan teknik-teknik yang betul untuk menjawab Kertas Bahsa Melayu
Sebilangan murid yang berada di Pusat Sumber Sekolah bagi mengikuti Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment