Monday, January 3, 2011

perhimpunan rasmi sesi petang

Hari : Isnin
Tarikh : 3 Januari 2011
Masa : 6.10-6.40

Guru Bertugas

Puan Yani
Puan Rashidah
Puan Fadhilah
Puan Hastipa
Puan Suriani
Puan Noraini
Puan Jumilah

Laporan/Ulasan
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
i. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Ahmad Zunaidi.
ii.Ikrar Rukun Negara oleh Puan Rasyidah

2. Ucapan Guru Bertugas
-mengucapkan selamat datang kepada murid tahun 1dan selamat kembali ke sekolah kepada murid tahun 2 dan 3.
Mengharapkan murid dapat mematuhi peraturan dan disiplin sekolah
-Menerangkan tentang waktu rehat bagi tahun 1 dan 3 pada pukul 3.20-3.40 dan bagi tahun 2 pada pukul 4.20-4.40
-Murid-murid diminta berkumpul terlebih dahulu di dataran Perdana bagi tahun 1 dan 3 dataran Putra bagi tahun 2 sebelum masuk ke kelas dan selepas loceng tamat rehat dibunyikan.

3. Ucapan Guru Besar
-Mengucapkan selamat datang kepada murid tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid tahun 2 dan 3.
-Mengumumkan murid perlu lengkap dari segi pakaian, seperti tanda nama, lencana,kasut sekolah,stoking dan sebagainya kerana spot check akan diadakan pada bila-bila masa.
-Bagi murid tahun 2 dan 3 yang tidak mempunyai tanda nama bolehlah menempah tanda nama yang mempunyai format baru yang mempunyai no pendaftaran sekolah.
-Bagi Ibu bapa yang tidak sempat membayar yuran persekolahan bolehlah membuat pembayaran pada hari Sabtu 8 Januari 2011. keputusan terkini akan diberitahu kelak. Boleh tengok blog pada hari Jumaat nanti.
-mengingatkan murid supaya membawa buku yang berkenaan sahaja, tidak perlu membawa semua buku untuk mengurangkan beban beg.
- Murid murid hendaklah berdisiplin semasa waktu rehat contohnya makan dengan sopan , tidak berebut dan membaca doa makan. Begitu juga semasa keluar ke tandas hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

No comments:

Post a Comment