... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 3, 2011

Laporan Perhimpunan Minggu 1 - 2011 (Sesi Pagi)



Hari                : ISNIN
Tarikh             : 3 JANUARI 2011
Masa              : 7.30 – 8.00 pagi


Guru Bertugas :
Encik Hafiz Md Nor (K)
Puan Norlela
Puan Jamilah
Puan Aishah
Puan Rubiaton
Puan Norhamizah
Cik Norliza
Puan Khaironnajmi
Puan Visva Vilashini

Laporan/Ulasan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
                     i.            Bacaan doa diketuai oleh Adik Idzni Fatihi (6 Alamanda)
                   ii.            - Ikrar Rukun Negara oleh Encik Hafiz dan Ikrar Murid oleh Ketua Murid

2. Ucapan Guru Bertugas (Encik Hafiz)
                     i.            mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 bagi tahun 2011
                   ii.            mengharapkan murid-murid dapat mengawal diri dan mematuhi disiplin diri sendiri semasa berada di sekolah.

3. Ucapan Guru Disiplin Sekolah (Puan Zaleha)
                     i.            mengumumkan penggunaan tangga untuk murid-murid tahun 4 (UUM), tahun 5 (USM) dan tahun 6 (UKM)
                   ii.            memberitahu kehadiran murid perlu tepat iaitu pada 7.20 pagi. Murid yang datang awal perlu berkumpul di kantin dan tidak dibenarkan naik ke kelas masing-masing. 
                  iii.            Murid juga perlu segera beratur di Dataran Perdana, selepas loceng dibunyikan pada pukul 7.20 pagi.
                 iv.            Selepas rehat, murid perlu beratur di Dewan Perdana sebelum masuk ke kelas bersama guru masing-masing.

4. Ucapan Tuan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)
                     i.            mengucapkan selamat datang kepada semua murid dan tahniah kerana dapat hadir tepat pada masanya.

                   ii.            mengumumkan sesi pembayaran yuran bermula pada pukul 11.30 – 1.30 petang agar tidak mengganggu sesi pembelajaran pada awal pagi.  Sekiranya peratusan pembayaran masih rendah, maka sesi pembayaran akan dibuat pada 8 Januari nanti.

                  iii.            Perhimpunan mingguan hari Isnin adalah wajib diadakan.  Oleh itu guru dan murid perlu menghadirinya

                 iv.            Murid perlu lengkap dari segi pakaian seperti tanda nama, lencana, kasut, stoking dsb.  Spot check akan diadakan pada bila-bila masa.  Bagi yang ingin menempah tanda nama baru, sila pastikan hanya satu patah perkataan pada tanda nama tersebut kerana 4 digit akan dikhususkan untuk no pendaftaran sekolah.

                   v.            Ketua kelas akan dilantik pada minggu ini.  Sewaktu PMD perhatikan dalam kalangan mereka yang berkaliber dan jangan pilih sekadar yang popular.  Guru kelas perlu membantu.

                 vi.            Minggu ini akan dijalankan Program Maju Diri (tahap 2 sahaja) sebelum waktu rehat.  Selepas rehat, kelas akan dijalankan mengikut jadual waktu.  Murid akan menerima jadual pada hari ini dan pastikan mata pelajaran BM, BI, PI mempunyai pecahan komponen bagi tujuan mengurangkan beban beg.

                vii.            Pelajar yang lewat hadir ke perhimpunan perlu terus berbaris di barisan khas.  Ini untuk mengelakkan daripada mengganggu suasana perhimpunan yang sedang berlangsung.  Di samping itu, ia dapat melatih pelajar agar bersikap jujur.

No comments:

Post a Comment