Monday, January 24, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
Hari : ISNIN

Tarikh : 24 Jan 2011

Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. En Mahadir b Midun
2. Pn Linda Bt Adam
3. Pn Rosmawati bt Mat Desa
4. Pn Norinna bt Mohamed
5. Pn Norhafiza bt Ismail
6. Pn Juli bt Mahbah
7. Pn Astina bt Mahad Nor
8. Pn Azwani bt Noordin

Laporan/Ulasan

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim dari 6 Alamanda

3. Ikrar Rukun Negara oleh En Mahadir b Midun

4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Sanjay Devadass dari kelas 6 Alamanda

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En Zaidi b Mahmat)

5.1 Masih ramai murid yang datang lewat selepas pukul 7.20 pagi. Murid dinasihatkan supaya datang lebih awal dan memaklumkan kepada ibu bapa

5.2 Masih terdapat sebilangan murid yang tidak menuntun basikal masing-masing dan menggunakan Pagar A untuk laluan kenderaan guru. Murid dinasihatkan supaya tidak menggunakan pagar tersebut untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan

5.3 Amalan memberi salam kepada semua guru yang berada di sekolah dan tidak terbatas kepada guru-guru yang mengajar di kelas tersebut sahaja

5.4 Murid-murid meninggalkan pinggan dan cawan yang digunakan semasa waktu rehat di atas meja begitu sahaja. Murid-murid dinasihatkan supaya meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan di dalam besen atau bekas yang disediakan oleh pihak kantin

6. Ucapan Guru Bertugas : (En Mahadir b Midun)

6.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini

6.2 Menekankan tema pada minggu ini iaitu USAHA TANGGA KEJAYAAN. Setiap orang harus berusaha untuk berjaya. Pepatah Arab ada menyatakan “man jadda wa jadda” yang bermaksud sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya

6.3 Menasihatkan kepada murid-murid supaya membeli pemantul cahaya bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Ini kerana, waktu persekolahan yang awal menyebabkan murid-murid keluar dari rumah lebih awal dari biasa dan keadaan pada waktu tersebut masih gelap.

6.4 Pengumuman berkaitan kegiatan Kokurikulum akan dilaksanakan seperti biasa pada minggu ini dengan aktiviti Unit Beruniform

7. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : ATAP NIPAH bermaksud atap yang diperbuat daripada daun nipah
2. Bahasa Inggeris : FAMILY bermaksud keluarga
3. Bahasa Arab : UKTUBUN bermaksud OKTOBER

8. Ucapan Guru Besar (En Sukimin B Juki)


Usaha Tangga Kejayaan
Penekanan diberikan kepada usaha yang berterusan dan haruslah positif. Setiap murid perlu berusaha.  Kehadiran ke sekolah pada hari ini merupakan satu usaha awal dan ia perlu berterusan dengan memberi tumpuan sewaktu sesi pembelajaran dalam kelas.
Begitu juga dengan para guru.  Mereka sentiasa berusaha melaksanakan amanah untuk menjalankan tugas pada setiap masa. Pelaksanaan yang berterusan merupakan kesinambungan dari usaha yang berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan disiplin murid-murid. Selain dari itu, usaha guru-guru memperkenalkan tema untuk setiap minggu juga bertujuan untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru yang mungkin boleh digunakan oleh murid-murid dalam penggunaan seharian dan juga ketika menjawab soalan peperiksaan.

No comments:

Post a Comment