Tuesday, January 18, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN 3 (SESI PETANG)

Hari : SELASA

Tarikh : 18 JANUARI 2011

Masa : 5.30 – 6.40 petang

Guru Bertugas :
Pn. Nur Syukri Hidayati(K)
Pn. Nur Malisha
Cik Nurul Akma
Cik Shakila
Pn. Nik Rosmaliza
Pn. Anismawati
En. Shahrizal

Laporan/Ulasan :

1. Bacaan doa, perbarisan, nyanyian dan Ikrar

i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh Pn. Salmi)

ii. Pasukan menaikkan bendera ialah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang dibimbing oleh En. Shahrizal.

iii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Aniq Iqbal b. Zulkarnain

iv. Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nur Malisha dan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal b. Zulkarnain (ketua pengawas sesi petang)

2. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nik Rosmaliza)

Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 2:

Kepentingan Masa

i) Semua pelajar mestilah berada di sekolah sebelum loceng dibunyikan.

ii) Pelajar adalah dilarang:

a. Berkeliaran di luar pagar.

b. Berkeliaran atau singgah di mana-mana semasa datang ke sekolah atau pulang.

c. Datang lewat ke sekolah.

d. Datang lewat ke perhimpunan.


iii) Loceng rehat

* Waktu rehat selama 20 minit.


iv) Semua murid perlu keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.


v) Semua murid dilarang berada di dalam kelas semasa rehat.


vi) Apabila loceng tamat rehat dibunyikan semua murid mesti berbaris di Dewan Perdana dan di Dewan Putra mengikut kelas dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

Perkataan LAWAD: Bahasa Melayu : gula melaka (gula kabung) , Bahasa Inggeris: Canteen (kantin) , Bahasa Arab: yuliyu (bulan Julai)

Pengumuman: Kokurikulum pada hari Rabu (19 Januari 2011) akan berlangsung seperti biasa bagi aktiviti Kelab dan Persatuan.

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kedua) – En. Wan Roswandy

i. Adab di dewan Putra dan dewan Perdana

Beliau menegur sikap murid yang suka bercakap dan bising semasa beratur di dewan Putra dan dewan Perdana. Sehubungan itu beliau mengharapkan agar murid-murid dapat senyap dan mendengar arahan guru yang bertugas.

ii. Menepati masa habis rehat

Beliau turut menegur murid yang masih lagi membeli makanan di kantin walaupun loceng habis waktu rehat dibunyikan. Beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang pada minggu seterusnya.

4. Pelantikan Pengawas Sesi Petang

Seramai 79 orang murid tahun 2 dan 3 menerima watikah pelantikan pengawas sesi petang tahun 2011.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim bt. Sungit.

Ketua Pengawas sesi petang: Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)

Penolong Ketua Pengawas sesi petang: Nur Dahiya Tihani bt Mohd Asri (3 Seraya)

5. Ucapan Puan Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim bt Sungit)

i. Mengingatkan murid-murid supaya menghormati guru: senyap dan mendengar dengan teliti ketika guru sedang bercakap dihadapan.

ii. Ucapan tahniah kepada murid-murid yang terpilih menjadi pengawas dan mengharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas dengan baik dan cemerlang.

iii. Transisi tahun 1 telah tamat, harapan semoga tiada murid tahun 1 yang masih menangis di sekolah.

iv. Mengumumkan cuti sempena Thaipusam pada hari khamis minggu ini (20 Januari 2011).

v. Perhimpunan dibuat hari ini disebabkan cuaca hujan semalam. Perhimpunan hari ini dipindah ke dewan putra dan dewan perdana pada pertengahan masa kerana hari hujan.

vi. Buku info (kuning) - diharapkan murid dapat membawa buku info setiap kali perhimpunan supaya boleh mencatat maklumat yang diberikan oleh guru. Perkataan LAWAD dicatat dan dapat menyertai pertandingan perkataan LAWAD yang akan diadakan nanti.


Murid tahun 1 sedang tekun mendengar ucapan di perhimpunan


Para pengawas bersedia untuk menerima watikah pelantikan pengawas


Penyampaian watikah pelantikan pengawas 2011


Penyampaian watikah pelantikan pengawas 2011


Bacaan ikrar oleh ketua pengawas sesi petang


Aniq Iqbal b. Zulkarnain ( Ketua Pengawas sesi petang)


Nur Dahiya Tihani bt. Mohd Asri ( Penolong ketua pengawas sesi petang)


Barisan pengawas lelaki


Barisan pengawas perempuan


Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas

No comments:

Post a Comment