... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, August 16, 2014

Karnival DARIH

Buat julung-julung kalinya, Karnival DARIH telah diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Program yang diadakan pada hari Sabtu bersamaan 16 Ogos 2014 ini berlangsung dengan meriah sekali.  Berbagai-bagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung yang datang.  Karnival ini berakhir pada pukul 6.30 petang.

Tujuan utama Karnival DARIH anjuran PIBG dan SKTPP ini adalah untuk menyedarkan masyarakat, khususnya warga SKTPP mengenai bahaya najis dadah, di samping memberi lebih maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yg boleh menjerumuskan kita ke lembah yang mengancam nyawa. DARIH berasal dari perkataan dadah, arak / alkhohol, rokok inhalan dan HIV / AIDS.

Ayuh kita lihat, gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera sepanjang karnival diadakan.

Ketibaan YB Tuan Shahrum bin Dato Mohd Sharif

Pameran daripada Kastam mengenai Narkotik
Acara Senamrobik
YDP PIBG Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
dan Y.B Tuan Shahrum bin Mohd Sharif tidak ketinggalan bersenamrobik


Bacaan doa oleh En. Mahadir bin Midun
Persembahan Sketsa
Zorb Ball
Paint Ball (shoot target)
Rumah hantu
Basikal F1


Rumah Haiwan
Persembahan  koir

Pertandingan mewarna
YB Shahrum menandatangani banner amanat Benci Dadah
Semoga dengan adanya karnival seperti ini, dapatlah kiranya kita semua lebih sedar mengenai bahayanya dadah dan menjauhinya.  Tahniah Warga SKTPP!

(Lagi laporan Karnival DARIH di sini dan di sini)

No comments:

Post a Comment