Sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Ogos di seluruh negara. Sehubungan itu,
bagi menyambut baik usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat dan wahana perpaduan
rakyat, Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telahpun mengadakan satu
majlis ringkas sempena Pelancaran Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2014.
Tingkap
papan kayu bersegi,
sampan
sarat di Pulau Angsa,
Indah
tampan kerana budi,
Bermartabat
bangsa kerana bahasa.
Selasih
mekar di tengah desa,
Mencelah
sama kembang melati,
Bahasa
Kebangsaan jiwa bangsa,
Perpaduan
di semai bersatu hati.
Ungkapan pantun oleh
pengacara majlis, Pn. Jumilah Ahmad sudah jelas menggambarkan antara tujuan
utama Sambutan Program Bulan Bahasa anjuran Panitia Bahasa Malaysia SKTPP
pada kali ini adalah untuk memartabatkan bangsa dan mengeratkan perpaduan.
Sehubungan itu, pihak penganjur
telah merancang pelbagai program yang bersesuaian dengan tahap dan kebolehan
murid bagi menggalakkan penyertaan dan memeriahkan lagi sambutan. Antara
aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan untuk murid-murid sesi petang
adalah seperti:
Tahun
1
: Tulisan Cantik dan Bercerita
Tahun
2
: Mencari Sisip Suku Kata dan Bersajak
Tahun
3
: Membentuk Kata dan Bersyair
Majlis pelancaran Bulan Bahasa Malaysia telah
disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali. Dalam
ucapan ringkas, beliau mengajak semua warga sekolah untuk menghayati dan
menghargai Bahasa Kebangsaan sebagai tonggak bangsa dan cerminan jati diri
kita. Sesungguhnya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk
negara kita sebagai satu bangsa yang berdaulat.
Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sekitar majlis berlangsung.
No comments:
Post a Comment