Tuesday, August 12, 2014

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2014

Pada 11 Ogos 2014, Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia  tahun 2014 telah diadakan. Majlis pelancaran ini telah  dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham, Penolong Kanan Kurikulum SK Taman Putra Perdana.

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

 Objektif program adalah seperti berikut:
i)          Menyemai semangat cinta akan negara
ii)         Menyemai semangat 1Malaysia.
iii)        Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam   rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv)        Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v)         Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia :
1)            Pra sekolah             : Nyanyian
2)            PPKI                      : Pakaian beragam
3)            Tahun 1                   : Mencipta kad kemerdekaan
4)            Tahun 2                   : Pakaian beragam
5)            Tahun 3                   : Koir
6)            Tahun 4                   : Koir
7)            Tahun 5                   : Reka cipta bahan terbuang : Tema : Kejayaan Malaysia
8)            Tahun 6                   : Kuiz Merdeka



Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran :

 Ucapan oleh Pn. Nurliza bt Ab Rahman

Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham

Burung Merpati : Simbolik kebebasan


Tuan Haji Ahmad Fuadi membebaskan burung merpati sebagai simbolik kebebasan


 Penyerahan bendera 

 Nyanyian lagu "warisan"


Guru-guru juga bersemangat mengibarkan jalur gemilang




Disediakan oleh:
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Juli bt Mahbah

No comments:

Post a Comment