... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 13, 2015

Majlis Penyerahan Buku Program " Books For Asia" di Universiti Malaya.


Pada 13 November 2015 (Jumaat), Majils Penyerahan Buku Program "Books For Asia" telah diadakan di Dewan Pameran Kompleks pengurusan Pemyelidikan dan Inovasi (KPP) Univesiti Malaya. Majlis ini bermula jam 11.00 - 1245 tengah hari. 

Untuk makluman,Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya telah dilantik oleh The Asia Foundation (TAF), Malaysia sebagai pemegang amanah (custodian) bagi program, “Books for Asia”. Sehingga kini INPUMA telah berjaya mengagihkan sebanyak 11,663 naskhah buku pelbagai judul ke lebih 150 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara.  

Sukacita dimaklumkan, dalam majlis ini, INPUMA akan menjalankan pengagihan buku, “Books for Asia” yang melibatkan sekolah yang berada di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Sarawak, sekolah angkat Universiti Malaya dan 40 buah lagi sekolah di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur/Selangor, Pahang dan Perak.

Alhamdulillah Sk Taman Putra Perdana telah terpilih untuk menerima sumbangan buku tersebut dengan mendapat 2 buah kotak yang mengandungi 40 buah buku-buku cerita berkulit keras yang menarik.Semua buku adalah buku berbahasa Inggeris.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Malaya  di atas sumbangan buku tersebut yang dapat memberi banyak ilmu dan manfaat kepada anak-anak murid SKTPP.

Antara gambar-gambar yang dirakan sepanjang majlis berlangsung.

Ucapan aluan dari pihak Universiti Malaya.


Para tetamu jemputan  sedang mendengar ucapan.


Simbolik Penyerahan buku.

Pn Siti Rabiaah bt Mohammad mewakili pihak sekolah untuk menerima buku sumbangan.

Salah sebuah sekolah anak angkat Universiti Malaya sedang meneima buku sumbangan.

Beratur untuk menunggu giliran mendapatkan buku sumbangan.

Kotak buku sumbangan yang diterima oleh SKTPP


No comments:

Post a Comment