Monday, November 16, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingu ke-41 (Sesi Petang)

Tarikh : 16 November 2015
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

GURU-GURU YANG BERTUGAS
1.            Pn. Arnny Yusnita binti Enargi
2.            En. Wan Mohd Roswandy
3.            Pn. Nor Arzah binti Hussin
4.            Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
5.            Pn. Nor Azian binti Ahmad
6.            Cik Roslinda binti Mansor
7.            Pn. Yusnita binti Yunus

Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar

1.            Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah bawah pimpinan Pn. Salmi binti Amir
2.            Bacaan doa : Adik Aqil Fitri
3.            Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan  Nor Arzah
4.            Bacaan ikrar murid : Adik Nuranessa

Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Nurul Huda binti Yaacob

1.            Pada minggu lepas, hanya sehari sahaja kita bersekolah iaitu pada hari Jumaat
2.            Pada hari tersebut telah diadakan Hari Jalinan Mesra
3.            Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan keprihatinan ibu bapa yang hadir pada hari Jalinan Mesra tersebut.

Ucapan guru bertugas – Puan Nor Arzah binti Husin

1.    Perkataan lawad :

Bahasa Arab                 :  Usrahti bermaksud keluarga saya
Bahasa Melayu             :  Alpa bermaksud leka
Bahasa Inggeris            :  Mother bermaksud ibu/emak

2.    Tajuk Minggu Ini          :  Aktiviti Cuti Sekolah

Sewajarnya murid-murid mempunyai jadual atau aktiviti yang berfaedah pada cuti sekolah nanti.  Contohnya, Kem motivasi, klinik sukan, berkebun dan menolong ibu bapa di rumah.
Selain itu, menasihati murid-murid agar menjaga keselamatan diri dan hindari aktiviti yang tidak sihat.

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

1.    Guru besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang hadir pada hari ini meskipun ramai antara rakan yang lain tidak hadir ke sekolah.
2.    Hari ini keputusan PSRA diumumkan manakala esok keputusan UPSR akan diumumkan. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang
3.    Rabu akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah.
4.    Murid-murid yang menerima hadiah dikehendaki hadir pada sesi pagi.
5.    Keputusan pertandingan PPDa belum diumumkan namun mengharapkan sekolah kita memperoleh kemenangan yang membanggakan buat kita semua. Ikuti perkembangan keputusan pertandingan tersebut melalui blog sekolah
6.    Guru besar juga mengumumkan beberapa orang guru dan staf yang akan berpindah dan menamatkan perkhidmatan.

5.1  Cikgu Ainul Balkish bt Mohd Aris
5.2  Cikgu Suhaizan bt Sukiman
5.3  Cikgu Suzelawati bt Zakaria
5.4  Cikgu Ezza Hairani
5.5   Cikgu Nor Azila bt Ngah
5.6  Puan Siti Asmidah bt Ahmad

7.    Akhir sekali, GB menasihati agar murid-murid menjaga keselamatan diri sepanjang cuti sekolah nanti.

Berikut gambar semasa sesi perhimpunan dijalankan....

Barisan guru bertugas
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar oleh wakil murid
Laporan bertugas minggu lepas oleh Pn Nurulhuda bt Yaakob
Pn Nor Arzah mengacarakan sesi perhimpunan 
Ucapan oleh Pn Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Disediakan oleh,
Cik Roslinda bt Mansor

No comments:

Post a Comment