... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 20, 2015

Majlis Jasamu Dikenang

Pada 20 November 2015, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan majlis persaraan Puan Noor Azila binti Ngah dan Puan Siti Asmidah binti Ahmad yang akan bersara pada 1 Januari 2016 dan November 2015.

Tujuan majlis diadakan bagi memperingati jasa-jasa mereka sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Untuk makluman semua, Puan Noor Azila telah berkhidmat selama 12 tahun bermula tahun 2004 iaitu tahun pertama sekolah ini dibuka. Manakala Puan Siti Asmidah pula mula berkhidmat pada April 2013 iaitu selama dua tahun.

Turut diraikan ialah 4 orang guru yang akan bertukar iaitu Pn. Ainul Balkish, Pn. Ezza Hairani, Pn. Suhaizan dan Pn. Suzelawati. Semoga terus sukses di sekolah baharu masing-masing.

                Akar keladi melilit selasih,
                Selasih tumbuh di dalam taman
                Junjungan budi kenangan kasih
                Mesra kenangan sepanjang zaman.

               Mengait rambutan menggunakan galah
               Disimpan bersama buah berangan
               Walau sezarah silap dan salah
               Harap dimaafkan disimpan jangan.

Antara paparan yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung....



Pentas yang telah dihias untuk majlis ini.
Wajah-wajah kesayangan yang bakal meninggalkan SKTPP
Menanti isyarat untuk memulakan perarakan
Perarakan menuju ke dewan diiringi pasukan kompang sekolah.
Barisan guru-guru yang diraikan.
Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP sedang menyampaikan ucapan.
Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Sufian (YDP PIBG)
Puan Siti Asmidah binti Ahmad memberi ucapan akhir beliau.
Puan Noor Azila memberi amanat akhir sebelum persaraan beliau.
Penyampaian watikah persaraan oleh Guru Besar.
Puan Noor Azila sedang menerima watikah persaraan.

Puan Siti Asmidah menerima watikah persaraan.
Perarakan menuju ke kereta yang disediakan khas.
Puan Noor Azila bersalam dengan murid-murid SKTPP
Suasana pilu menyelubungi perarakan.
Sesi bergambar kenangan terakhir bersama pentadbir.
Senyuman terakhir indah terukir  insan yang diraikan.
Simbolik penghantaran pulang.


Bye.... jumpa lagi
Pihak sekolah mengharapkan semoga Puan Noor Azila dan Puan Siti Asmidah akan terus mencapai  kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Aamin....

No comments:

Post a Comment