... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 13, 2015

Laporan Hari Jalinan Mesra Siri 2/2015

Hari Jalinan Mesra Siri 2/2015 telah berlangsung pada:

Hari        : Jumaat
Tarikh     : 13 November 2015
Masa     :  8.00 pagi - 10.00 pagi (sesi pagi)
                 3.00 petang - 5.00 petang (sesi petang)
Tempat : Bilik Darjah anak masing-masing


     Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.

   Semoga peluang yang tersedia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.


Pn Salina sedang berbincang dengan salah seorang bapa murid yang hadir
Pn Zabedah tekun memberi penerangan kepada ibu Muhammad Aqil
Kaunter sumbangan PIBG dan wakaf surau turut dibuka bagi memudahkan ibu bapa menghulurkan sumbangan
Guru Besar yang perihatin....sentiasa ada bagi memastikan kelancaran program.
Wajah ceria ibu, murid dan guru yang berpuashati dengan pencapaian dan perkembangan anak mereka 
Pn. Azmira tekun memberi penerangan kepada salah seorang bapa muridnya

No comments:

Post a Comment