Tuesday, January 3, 2017

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2017 (Sesi Petang)

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SKTPP!!!

Hari      : Isnin
Tarikh   : 03 Januari 2017
Masa     : 1.20 - 1.50 petang
Tempat  : Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas Minggu Pertama (03 - 06 Januari 2017)

1) En. Afandi bin Mat Zain
2) Pn. Nor Maziah bt Abd Malek
3) Pn. Zauiyah bt Ismail
4) Pn. Norazah bt Mohd Ali
5) Pn. Fadhilah bt Talib
6) Pn. Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
7) Pn. Yani bt Mohammad Sharif


Ucapan Pengerusi Majlis (Puan Yani bt Mohammad Sharif)

Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan murid pada hari pertama persekolahan terutama murid-murid tahun satu.
Beliau turut memperkenalkan guru bertugas pada minggu pertama ini.
  

Ucapan Guru Penolong Kanan Petang

  • Pn. Jumilah mengucapkan selamat datang kepada murid-murid sesi petang sesi persekolahan 2017.
  • Penolong Kanan Petang juga berharap murid tahun satu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru.

Ucapan Guru Besar (Pn. Rohaidah bt Mohd Ali)
  • Pn. Rohaidah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang hadir ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2017. Selamat datang buat murid-murid tahun satu.
  • Guru Besar juga memaklumkan kepada ibu bapa yang hadir bahawa murid-murid tahun satu akan terlibat dengan Program Transisi tahun satu selama seminggu.


Perhimpunan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Program Transisi tahun Satu 2017


Guru bertugas minggu pertama


Murid mendengar penerangan dengan teliti

Selamat datang kepada murid tahun satu




Disediakan oleh Afandi

No comments:

Post a Comment