Sunday, January 15, 2017

Klinik Kriket 2.0

Setelah mengadakan klinik kriket buat kali pertama sebelum ini (sila klik di sini), klinik kriket siri 2.0 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Ramai murid telah hadir walaupun ia diadakan pada hari Ahad. Terima kasih buat 2 orang pemain team Malaysia Remaja U19 yang telah sudi melapangkan masa hadir memberikan bimbingan dan tunjuk ajar di samping jurulatih sekolah; Cikgu Izwan dan Cikgu Junaidi. Terima kasih juga buat En. Rahmat; parent SKTPP yang tak putus-putus menghulurkan sumbangan termasuk menaja klinik hari ini.
   Semoga pemain-pemain sekolah dan pelapis yang hadir telah mendapat banyak tips dan teknik yang betul dalam permainan kriket. Diharapkan team sekolah akan berjaya dalam Kejohanan Kriket MSSD yang akan berlangsung pada 24 - 25 Januari 2017 nanti. Selamat Maju Jaya!









 
Semoga adik-adik dapat mengikut jejak abang team MAS Remaja U19
Terima kasih atas sumbangan terhadap sukan kriket sekolah


Kerja-kerja membuat tapak konkrit di sangkar kriket telah dilakukan semalam. Terima kasih En. Rahmat dan Pn. Intan

No comments:

Post a Comment