Alhamdulillah..Program Mentor Mentee kali pertama bagi tahun 2017 dapat diadakan pada hari ini. Program ini adalah Amalan Guru Penyayang yang sentiasa diamalkan di sekolah ini sejak diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012.
Program Mentor Mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu kepada masyarakat dan negara.
Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM)
b. Peningkatan Disiplin Diri Murid (PDDM)
c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (PKMM), dan
d. Pendidikan Kerjaya Murid (PKM)
Aktiviti Yang Dijalankan untuk semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6:
Bidang: PSDM
Tajuk: Suai Kenal
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. Mengetahui nama mentee dan mengenali setiap ahli kelompok
2. Memahami bahawa hubungan ahli kelompok seperti keluarga
3. Menguruskan diri sendiri dengan baik setiap kali hadir ke sekolah
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:
No comments:
Post a Comment