Monday, January 16, 2017

Pendingin Hawa Baharu Di Bilik Mesyuarat

Terima kasih banyak buat PIBG atas sumbangan menggantikan alat pendingin hawa baharu di Bilik Mesyuarat. Alat ini yang telah berusia 13 tahun sama seperti usia bangunan sekolah ini telah lama rosak walaupun telah dibaiki dan diservis saban tahun. Sejak hujung tahun lepas, ia mula menimbulkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau bangkai / najis dikhuatiri akibat tikus atau burung merpati sebagaimana pengalaman lalu.
   Sedalam-dalam terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak PIBG atas kemudahan ini. Ia bukan saja memberikan keselesaan kepada guru malahan kepada murid-murid serta pihak luar yang sentiasa menggunakan Bilik Mesyuarat tersebut sepanjang masa. Sekurang-kurangnya satu daripada 3 pendingin hawa telah diganti. Tinggal lagi 2 unit yang juga bermasalah tapi diharapkan boleh bertahan sehingga ada penyumbang yang baru...







No comments:

Post a Comment