Saturday, June 17, 2017

Majlis Iftar Bersama-sama Anak-anak Miskin, Yatim dan OKU Taman Putra Perdana

Pada 17 Jun 2017, Biro Kebajikan Masjid Putra Perdana telah menganjurkan Majlis Iftar Bersama-sama Anak-anak Miskin, Yatim dan OKU. Lebih 100 orang murid dari SKTPP telah terpilih dan disaring oleh Biro Kebajikan Masjid Putra Perdana untuk menerima sumbangan berbentuk wang. 

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pada pukul 4.00 petang dan solat Asar berjemaah. Kemudian, semua penerima sumbangan bersama-sama waris berkumpul di dalam ruang solat masjid bagi sesi penyampaian sumbangan. Selepas sesi penyampaian sumbangan, semua anak yatim, miskin dan OKU bersama-sama mengambil makanan yang disediakan untuk berbuka puasa. Majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, tahlil dan doa selamat untuk memohon kesejahteraan hidup dari Allah S.W.T. Program ini tamat sekitar jam 10.30 malam selesai sahaja solat Isyak dan solat sunat tarawih.

Semoga sumbangan yang diberikan kepada anak-anak SKTPP dapat mengurangkan beban mereka dan membantu dalam penyediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.










No comments:

Post a Comment