... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 19, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Tarikh                 :  19 Jun 2017
Hari                    :  Isnin
Masa                   : 1.20 Petang - 1.40 Petang
Tempat                : Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Puan Azizah Binti Abd Hamid

Guru Bertugas :

1. En.Mohd Saiffol Bin Ngabiah
2. Puan Azizah Binti Abd Hamid
3. Puan Salina Binti Mohd Tasu
4. Puan Ranjiny A/P Rajah
5. Puan Hasliza Binti Said
6. Puan Noorayuni Binti Ab.Fatah

Laporan/Ulasan :

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian lagu-lagu tersebut dipimpin oleh Puan Salmi Binti Amir.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.

3. Seterusnya bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Azizah Binti Abd Hamid. Bacaan Ikrar Murid pula dipimpin oleh adik Muhammad Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.

4. Laporan guru bertugas minggu ke-21 disampaikan oleh En Abdul Hafiz Bin Abdul Halil.

i) En. Abdul Hafiz mengingatkan murid supaya menjaga disiplin dan kelakuan sepanjang masa supaya sebarang kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan.
ii) Murid dinasihatkan agar memberi perhatian dan tumpuan sepanjang aktiviti semasa waktu rehat yang dijalankan di Dewan Perdana pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan.

5. Memperkenalkan barisan guru bertugas.

6. Tema minggu ini :

Faedah Bersukan
Guru bertugas mengulas tema pada minggu ini. Murid dimaklumkan mengenai tatacara berpakaian semasa menjalankan aktiviti sukan. Guru bertugas juga menjelaskan faedah bersukan iaitu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan cergas serta memupuk sikap bertoleransi sesama rakan.

7. Ucapan Penolong Kanan Petang. Puan Jumilah Binti Ahmad mengingatkan murid beberapa perkara iaitu :
i) Tatacara ke pejabat sekolah.
a)Murid diingatkan agar memakai pas keluar kelas.
b)Masuk melalui pintu hadapan
c)Tekan loceng di kaunter dan menunggu sehingga dilayan tanpa membuat bising.

ii) Rambut
a) Murid dilarang sama sekali berfesyen rambut untuk murid lelaki.
b) Murid perempuan yang berambut panjang dikehendaki mengikat rambut dengan kemas.
c) Rambut dipotong dan disisir rapi (murid lelaki)

iii) Waktu Pulang
Murid diingatkan agar dapat memaklumkan kepada ibubapa agar tidak menjemput murid terlalu lewat kerana didapati masih terdapat murid yang menunggu untuk dijemput oleh ibubapa sehingga lewat petang.

8. Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia
Mengadun - Meramas (tepung)

Bahasa Inggeris
Straight - Lurus

Bahasa Arab
Mudiratun - Guru Besar (perempuan)

Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang.

Pengacara majis sedang memberi ucapan

Sebahagian daripada guru bertugas pada minggu ini

Bacaan Ikrar Murid 

Wakil guru bertugas minggu ke-21 sedang memberi ucapan.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh,

Salina Binti Mohd Tasu

No comments:

Post a Comment