Alhamdulillah Program Malaysiangaji 2017 yang dianjurkan oleh Perbadanan Awam Selangor (PPAS) bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf serta Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah selesai dijalankan serentak di seluruh negara pada 19 Jun 2017 bersamaan 24 Ramadan 1438H (Isnin) bermula jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari.
Di peringkat sekolah, program ini telah dijalankan oleh Panita Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Objektif program tersebut dijalankan adalah untuk menjulang Al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment