Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang
banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa
bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan
pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan
berguna kepada masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini
dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh
pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat
membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali
dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi
kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah
rendah.
Laporan
Info 5 Minit Antidadah
Tarikh :
20 Jun 2017
Nama
Sahabat PPDa
Dhania
Batrisyia bt Supri (4 Tabla)
Nurhasya Sofea bt Zuraidi (3 Vanadium)
Nurhasya Sofea bt Zuraidi (3 Vanadium)
TAJUK : FAEDAH BERHENTI MEROKOK
Panjang umur
– Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan
merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan
dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia
dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah
penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser
paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di
bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat
tabiat merokok
Kehidupan
yang lebih sihat
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang
sihat.
* Meningkatkan deria
bau dan rasa.
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
* Menjimatkan wang.
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok.
* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan
kebakaran.
No comments:
Post a Comment