... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, February 14, 2018

Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Sekolah (Sesi Petang)

Ahli-ahli Pandu Puteri seluruh dunia akan meraikan hari kelahiran pengasas pergerakan ini iaitu Lord Baden Powell dan Lady Baden Powell pada tanggal 22 Februari setiap tahun. Ianya juga diraikan sebagai hari yang meraikan persahabatan antarabangsa dan kesatuan dalam mencapai misi dan visi persatuan ini untuk menjadi warga dunia yang bertanggungjawab. Pada tarikh ini juga dikhususkan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin yang telah banyak berjasa membina persatuan ke tahap yang sedia ada. Di samping itu, Hari Peringatan Sedunia merupakan satu peluang yang baik dan positif untuk memberikan pendedahan kepada ahli untuk mengembangkan kreativiti mereka ke peringkat optimum.

    Justeru Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas peringkat sekolah bagi murid tahun 3 sesi petang, telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 14 Februari 2018, bertempat di Dewan Perdana SKTPP, pada jam 7.40 pagi hingga jam 10.00 pagi. Agenda sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Dunia oleh semua ahli dan guru penasihat persatuan. Seterusnya, pertandingan mewarna logo Persatuan Pandu Puteri Tunas dijalankan. 


Buku Program Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Sekolah


Ahli dan Guru Penasihat menyanyikan lagu Dunia.


Guru Penasihat mengambil kehadiran murid



Sepanjang pertandingan mewarna logo Persatuan Pandu Puteri Tunas dijalankan .

     Semoga semua ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas akan terus mengorak langkah dengan iltizam yang tinggi, komitmen yang jitu dan berpegang kepada Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Tunas agar menjadi warga dunia yang disegani dan dihormati. Eleanor Roosevelt pernah berkata, “People grow through experience if they meet life honestly and courageously. This is how characters are built.”

Disediakan oleh : Nor Athirah Amani Binti Muhammad Abdul Wahab

No comments:

Post a Comment