Pada hari Rabu bersamaan 14 Februari 2018 telah
berlangsungnya Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas peringkat sekolah bagi
murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sesi pagi. Sambutan ini telah diadakan di Dewan
Perdana pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Sambutan hari peringatan ini merupakan aktiviti
kokurikulum pada minggu ini bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas.
Sambutan
dimulakan dengan nyanyian lagu Dunia dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh
semua ahli serta semua guru penasihat Pandu Puteri Tunas. Nyanyian ini
telah diketuai oleh Savitha murid tahun 6 dari kelas Respiratori. Selesai nyanyian
lagu Dunia, bermulalah aktiviti sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Tunas peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Terdapat
beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu pertandingan mewarna bagi murid
tahun 4, manakala pertandingan kolaj disertai oleh murid tahun 5. Pada masa
yang sama, pertandingan mewarna penanda buku yang bertemakan “Thinking Day Book Mark” disertai
oleh murid tahun 6.
Banner Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana 2018 |
Nyanyian Lagu Dunia |
Pertandingan Mewarna Tahun 4 |
Murid Tahun 4 Mewarna Logo Pandu Puteri |
Pertandingan Kolaj Tahun 5 |
Murid Tahun 5 Membuat Kolaj |
Pertandingan Mewarna Penanda Buku Tahun 6 |
Salah Satu Hasil Penanda Buku |
Salah Satu Penanda Buku Yang Dihiasi Dengan Manik |
Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas
peringkat sekolah ini dapat meningkatkan kreativiti serta mengasah bakat dalam
kalangan murid-murid SK Taman Putra Perdana. Pada masa yang sama,
mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara ahli-ahli Pandu Puteri.
Hal ini selaras dengan matlamat dan objektif pelaksanaan Sambutan Hari
Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Sekolah yang berhasrat melahirkan ahli-ahli
Pandu Puteri yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ilmu Pandu Puteri serta
memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan ahli-ahli Pandu puteri.
Disediakan oleh:
Mawaddah binti Kamarulzaman
No comments:
Post a Comment