Monday, February 26, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Pagi)

Tarikh: 26 Februari 2018
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis: Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri)
Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda bt Mansor
2. Puan Nurliza bt Ab Rahman
3. Encik Mahadir bin Midun
4. Puan Noriza bt Md Nor
5. Cik Mawaddah bt Kamarulzaman
6. Puan Norasmawati bt Omar
7. Puan Rafidah bt Salleh
8. Puan Juli bt Mahbah
9. Puan Faridatul Aini bt Alias
10. Cik Syahirah bt Tumar

Barisan guru bertugas minggu ke-9
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Rangkaian 4 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana bt Yahaya (5 Kompang).
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nurliza bt Ab Rahman
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nurin 'Adlina bt Hassan (6 Surgeri)

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (19.2.2018 - 23.2.2018)
Laporan disampaikan oleh Puan Junaidah bt Rus
  • Ucapan tahniah kepada semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 sebab telah menunjukkan peningkatan dalam menjaga kebersihan kelas.
  • Semua murid perlu beratur terlebih dahulu apabila hendak menuju ke bilik-bilik khas.
  • Murid-murid dinasihatkan supaya berdisiplin untuk hadir awal ke sekolah. Terdapat segelintir murid yang hadir lewat pada minggu lepas.
Pengumuman kelas terbersih:
Tahun 4:
Johan - Titanium
Naib Johan - Vanadium
Tempat Ketiga - Ferum

Tahun 5:
Johan - Nafiri
Naib Johan - Kompang
Tempat Ketiga - Angklung

Tahun 6:
Johan - Surgeri
Naib Johan - Hematologi
Tempat Ketiga - Radiologi

Kelas PPKI:
Johan - Archery
Naib Johan - Cricket
Tempat Ketiga - Aquatics

Guru bertugas minggu lepas

Johan keceriaan kelas Tahun 4

Johan keceriaan kelas Tahun 5

Johan keceriaan kelas Tahun 6

Johan keceriaan kelas PPKI
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (26.2.2018 - 2.3.2018) oleh Puan Nurliza bt Ab Rahman.
Tema: Sayangi Buku Teks
Murid-murid perlu menyayangi buku teks dengan cara berikut:
  • Membalut buku teks
  • Tidak menconteng dan mengoyakkan buku teks
  • Menulis nama dan nama kelas di ruangan yang disediakan di bahagian belakang buku teks
  • Pastikan buku dijaga supaya tidak hilang. Sekiranya hilang, murid-murid perlu menggantinya.
  • Pada akhir tahun iaitu sebelum tamat sesi persekolahan, semua buku teks perlu dipulangkan semula.
Perkataan LAWAD.
  • Bahasa Malaysia: Pengsan - dalam keadaan tidak sedar diri
  • Bahasa Inggeris: Opportunity - peluang
  • Bahasa Arab: Hadiqotun - taman
Ucapan guru bertugas minggu ini
4. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kejohanan Merentas Desa Majlis Sekolah Selangor (MSS)
Pengacara: Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
Penyampaian sijil disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, GB SK Taman Putra Perdana.
Makluman mengenai Kejohanan Merentas Desa MSSS
Tarikh: 13 Februari 2018
Tempat: MAEPS, Serdang, Selangor
Nama peserta SKTPP: Syed Afiq Afdal bin Syed Norizan
Pencapaian: Memperolehi tempat ke-18 daripada 80 penyertaan
Jurulatih: Encik Mohd Rusydan bin Ismail

Ucapan oleh En Ahmad Musrizuan 

Penyampaian sijil dan hadiah Kejohanan Merentas Desa MSS 2018

Bergambar bersama Guru Besar, PK Kokurikulum dan jurulatih

SKTPP 'IMfree'

SKTPP Benci DARVIH
5. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Encik Shahrizal bin Ya'am) 
  • Syabas dan tahniah kepada para atlit sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah sama ada peringkat daerah atau negeri. Semoga atlit-atlit yang terpilih dapat menunjukkan aksi yang terbaik dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
  • Pada waktu rehat semua murid tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas kecuali Bilik Ujana Ilmu.
  • Merujuk Buku Peraturan Sekolah, murid-murid tidak dibenarkan membawa peralatan tajam seperti gunting, pisau, pembaris besi dan sebagainya.
Ucapan PK Kokurikulum

Perhimpunan tamat pada jam 8.15 pagi

No comments:

Post a Comment