Friday, August 17, 2018

Majlis Penyampaian Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman dan Pengawas PPDa Cemerlang

Pada hari Rabu yang lalu (15.8.2018), Majlis Penyampaian Anugerah PPDa Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Karangkraf, Shah Alam (sila klik di sini). Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar), Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM) dan Pn Nor Arzah bt Hussin (Penyelaras PPDa).

Hari ini, satu majlis penyampaian semula  anugerah telah dilaksanakan dalam kedua-dua sesi dengan tujuan menguar-uarkan kepada seluruh warga SKTPP pencapaian tersebut.

Sesi pagi : Anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman" kepada Guru Besar; Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali telah disampaikan oleh Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian. Manakala "Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang" untuk Sahabat PPDa telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali kepada Ketua dan Penolong Ketua Sahabat PPDa







Sesi petang : Pn Jumilah bt Ahmad mewakili Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali menerima anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman" daripada Setiausaha PPDa; Pn. Rozimah. Penyampaian "Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang" telah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad kepada wakil Sahabat PPDa sesi petang.




Tahniah buat seluruh warga SKTPP atas penghargaan dan pencapaian ini bukti  komitmen kita dalam melaksana dan  memperjuangkan program PPDa tanpa rasa jemu. Semoga usaha berterusan ini akan memberikan impak yang positif terhadap anak-anak murid serta generasi masa depan. Justeru, marilah kita meneruskan usaha membanteras najis dadah & DARVIH sampai bila-bila di segenap peringkat. 

"KAMI BENCI DARVIH"

No comments:

Post a Comment