... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 17, 2018

North Star Girl Scouts 65th Anniversary Jamboree

North Star Girl Scouts 65th Anniversary Jamboree Chin Shan Youth Activity Center, Taipei
9 To 16 August 2018.

Seramai empat orang Ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas SKTPP telah menyertai North Star Scouts 65th Anniversary Jamboree yang diadakan di Youth Activity Center Taipei, Taiwan mulai 9 hingga 16 Ogos 2018.  Mereka diiringi oleh dua orang pemimpin Pandu Puteri dari SKTPP iaitu Pn. Parimala dan Pn. Maimunah Yob.

Selain itu terdapat juga Ahli-Ahli Pandu Puteri yang mewakili Daerah Sepang dan Daerah Klang bagi Negeri Selangor. Turut sama menyertai kontingen ini ialah Ahli-Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Johor dan Pahang.

Antara yang terlibat dalam kontingen ini adalah seperti berikut :-

Negeri
Daerah
Bil Ahli
Pemimpin
Selangor
Sepang
8
4

Klang
6
1
Pahang

5
2
Johor

3
1
Jumlah

23
8

Objektif penyertaan North Star Girl Scouts 65th Annivesary Jamboree adalah seperti berikut:-
1. Menimba ilmu dan meningkatkan pengetahuan berkaitan aktiviti Pandu Puteri di rantau ini dan di seluruh dunia pada umumnya.
2. Bertukar-tukar budaya antara Negara yang menyertai Jamboree.

Selain Ahli Pandu Puteri Malaysia yang dijemput menyertai acara ini terdapat juga ahli dari Negara Jepun, Hong Kong dan Macau. Dianggarkan bilangan yang turut serta adalah seramai 800 orang.

Setibanya kontingen kami di lapangan terbang Taoyuan, kami dijemput oleh Saudari Irene Chen selaku pegawai yang bertanggungjawab ke atas kontingen kami selama berada di Taipei.
Dari lapangan terbang kami dibawa ke hotel penginapan “Hero House” sebelum dibawa ke lokasi aktiviti iaitu Jinshan Youth Activity Center pada keesokan harinya.




Hari kedua (10.8.2018)

Kontingen Pandu Puteri Malaysia di bawa menaiki bas ke pusat aktiviti Jinshan. Di Pusat ini, Ahli Pandu Puteri dikehendaki mendirikan khemah untuk penginapan serta ahli dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi memudahkan melakukan aktiviti seterusnya. Pada waktu petang hari yang sama ahli Pandu Puteri melakukan aktiviti BBQ di tempat khas yang disediakan. Manakala pemimpin Pandu Puteri dijemput ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke-65 di dewan.





Hari ketiga (11.8.2018)

Aktiviti pameran telah diadakan dengan mengemukakan permainan tradisional negara masing-masing. Kontingen Malaysia juga tidak ketinggalan menunjuk ajar kepada peserta dari negara lain. Permainan yang dibawa ialah permainan congkak dan batu seremban. Sungguh seronok mereka bermain. Ada juga makanan tradisi rakyat Malaysia diperkenalkan di sini seperti cakar ayam, kerepek ubi, maruku, dodol durian serta snek dari durian. Enak sekali.

Pada waktu malam, sesi kebudayaan telah dirancang namun disebabkan cuaca tidak mengizinkan acara tersebut terpaksa ditangguh ke hari esoknya.





Hari keempat (12.8.2018)

Hari terakhir berada di Jinshan Youth Center. Sebelum bergerak ke hotel penginapan, persembahan kebudayaan diadakan oleh para peserta Jamboree. Suasana meriah sekali...






Hari kelima dan keenam (13 dan 14.8.2018)

Setelah tamat aktiviti di Jinshan, kontingen Malaysia dibawa melancong ke tempat-tempat menarik sekitar bandaraya Taipei antaranya; Menara 101 (Menara Ke-8 tertinggi di dunia), Air Terjun Shifen, Raohe Night Market, Pasar Jioufen serta diberi peluang memasuki pusat pentadbiran kerajaan.












Hari ketujuh (15.8.2018)

Hari terakhir berada di Taipei, namun masih ada aktiviti yang perlu diselesaikan iaitu mengunjungi Ibu Pejabat Pandu Puteri Taiwan. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, kontingen Pandu Puteri Malaysia singgah di ibu Pejabat Pandu Puteri Taiwan, Di sini kami disambut dalam satu majlis ringkas bersama-sama kontingen dari Negara Jepun. Peluang yang ada tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Dalam masa yang singkat ini sempat juga bertukar-tukar cenderahati antara pemimpim serta ahli yang hadir. Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan.




Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Kontingen Pandu Puteri  Malaysia berlepas pulang dengan pesawat MAS MH 367 pada jam 4.00 petang dan tiba dengan selamatnya di KLIA pada jam 9.06 malam

No comments:

Post a Comment