Saturday, February 16, 2019

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-16, 2019

Sabtu, 16 Febuari 2019 SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-16 bertempat di padang sekolah. Sebanyak tujuh buah kontinjen menyertai kejohanan sukan ini iaitu Rumah Hijau, Rumah Jingga, Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru, kontinjen PPKI dan kontijen Prasekolah.

Acara yang dipertandingkan ialah acara balapan iaitu 50m, 75m, 100m, 200m, 4x50m, 4x100m dan 4x200m. Selain itu acara tarik tali peringkat akhir juga turut dipertandingkan pada hari tersebut.

Tertib acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan lintas hormat yang diketuai oleh adik Muhammad Ammar Bin Muhammad Rizal (6 Tabla). Usai nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh Ustaz Ahmad Zunaidi diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Ketua Kontinjen.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP dan ucapan dari perasmi oleh En. Alwi Bin Sulaiman selaku Penolong PPD Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Seterusnya, perasmi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan 2019 melalui gimik persembahan yang disediakan oleh Ustaz Hadri menandakan bermulanya Kejohanan Sukan Tahunan 2019 secara rasmi.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana 2019 kali Ke-16 .

Kategori
Nama
Rumah
Olahragawan Harapan
Muhammad Al Hakim
Biru
Olahragawati Harapan
Nur Baizuraini Bt Zahari
Hijau
Olahragawan
Shazwanizam B Lasayan
Jingga
Olahragawati
Nurul Balqis Bt Azirul
Jingga

Perbarisan Terbaik

Kedudukan
Rumah Sukan
Johan
MERAH
Naib Johan
JINGGA
Tempat Ke-3
KUNING
Tempat Ke-4
HIJAU
Tempat Ke-5
BIRU

Kedudukan Rumah Sukan

Rumah Sukan
Kedudukan
Markah
MERAH
1
1481
JINGGA
2
1424
BIRU
3
1417
KUNING
4
1329
HIJAU
5
1291




Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Kejohanan Sukan Kali ke-16 :

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-16

Sesi Pendaftaran Ibu Bapa

Barisan Pentadbir SKTPP

Kontinjen PPKI

Lintas Hormat Hari Sukan Sekolah

Kontinjen Prasekolah

Kontinjen Rumah Hijau

Kontinjen Rumah Jingga

Kontinjen Rumah Merah

Kontinjen Rumah Biru

Kontinjen Rumah Kuning

Antara acara yang dipertandingkanarian 

Jualan Bundle oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK)

Gerai jualan 

Gerai jualan minuman

gerai jualan minuman dan makanan

Gerai jualan pakaian.

 

 

 

 

 

Disediakan oleh :
Nornadzirah Binti Abd Rahim.

1 comment: