Thursday, February 21, 2019

Laporan Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Sepang.

Kejohanan Olahraga MSSD Sepang telah berlangsung pada 18 Februari 2019 hingga 21 Februari 2019 di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi. 
            Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana menghantar 40 orang atlet dengan diiringi 6 orang jurulatih. Acara yang dipertandingkan ialah acara padang dan balapan.  Sepanjang empat hari kejohanan olahraga ini berlangsung, para atlet SKTPP menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi.  Kejohanan olahraga MSSD ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu sekolah menengah, sekolah rendah dan PPKI.  
           Sebanyak 43 buah sekolah rendah menyertai kejohanan sukan pada kali ini.  Kejohanan Sukan MSSD pada tahun ini melakar sejarah kerana SKTPP telah berjaya mengungguli beberapa kejayaan yang sangat membanggakan.  SKTPP telah berjaya menggondol 5 pingat emas, 6 pingat perak dan 2 pingat gangsa.  Berdasarkan pungutan 47 mata, maka SKTPP dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan MSSD Sepang bagi tahun 2019.  Selain itu, 2 orang atlet SKTPP dinobatkan sebagai Olahragawan Kategori L 11 dan Olahragawan Kategori L 12.
            Terima kasih kepada PIBG, barisan pentadbir, guru-guru serta warga SKTPP atas sokongan dan doa kalian.  Begitu juga kepada barisan jurulatih olahraga yang merupakan tulang belakang kejayaan ini.  Semoga Olahraga SKTPP terus cemerlang  pada arena sukan peringkat yang lebih tinggi.

MERAK MERAH SEMARAK API,
SEMANGAT JUANG TAK PERNAH HILANG;
MEREBUT JUARA SUDAHLAH PASTI,
BIAR SAMPAI BERPUTIH TULANG.

Antara paparan yang boleh dikongsikan sepanjang kejohanan berlangsung..


Berehat sementara menunggu giliran.
Guru-guru pengiring sabar menanti setiap acara dipertandingkan agar semua peserta dapat beraksi dengan sempurna.

Bergambar kenangan selepas menerima sijl dan plak.

Atlet sabar menanti acara bermula.

Suasana di khemah urusetia.

Peace..

Atlet sekolah tahun 5 

Berdiri megah di atas podium untuk menerima hadiah kemenangan.

Atlit Lontar Peluru tahun 5 berjaya mendapat tempat ke-2.
Sempat bergambar sementara menunggu acara dimulakan
Tetap menanti dengan sabar walau panas membahang.
Senyum riang apabila berjaya menjuarai acara yang dipertandingkan.

1 comment: