Alhamdulillah, aktiviti
mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah di bawah Program Guru Penyayang dapat
diteruskan lagi bagi tahun 2019 yang mana program ini telah menjadi satu budaya
guru di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Aktiviti ini merupakan satu
mekanisme dalam menanam dan membudayakan sikap kasih sayang oleh setiap guru di
sekolah. Budaya sekolah yang mengamalkan sikap menyayangi akan melahirkan rasa
kepunyaan antara satu sama lain dalam kalangan guru dan murid yang dapat
membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan
pembentukan sahsiah. Aktiviti yang dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama Hal Ehwal Murid ini dilaksanakan oleh guru-guru yang akan menyambut serta
mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar A dan B.
Aktiviti yang dijalankan ini
secara tidak langsung dapat:
1. Menjiwai amalan penyayang
sebagai budaya sekolah.
2. Menyedari bahawa setiap
murid adalah aset kepada sekolah.
3. Mewujudkan perasaan
dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
4. Memupuk perasaan suka hadir
ke sekolah dalam kalangan murid.
Pelaksanaan aktiviti ini adalah
setiap hari waktu persekolahan dan masa menyambut guru adalah seperti berikut:
7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi
pagi)
1.00 petang hingga 1.20 petang
(sesi petang: Isnin – Khamis)
2.00 petang hingga 2.20 petang
(sesi petang: Jumaat)
Berikut merupakan paparan gambar
yang telah diambil ketika aktiviti ini dilaksanakan:
|
Guru Sesi Pagi, Puan Junaidah Binti Rus mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah di pintu Pagar A. |
|
Puan Astina Binti Mahad Nor turut sama menyambut kehadiran murid. |
|
Guru Sesi Petang, Puan Hastipa binti Mad Daud bersalaman dengan murid yang baru tiba di sekolah di pintu pagar B. |
|
Wajah Ceria Puan Salmi Binti Amir semasa menyambut murid di pintu pagar A. |
|
Tersenyum ceria apabila disambut oleh guru yang bertugas. |
|
Gelagat murid sesi petang yang baru tiba di sekolah. |
|
Puan Rozimah binti Yaakob bergambar kenangan bersama murid sesi petang. |
|
Murid lelaki juga bersalaman dengan Puan Rozimah binti Yaakob. |
Jutaan terima kasih kepada semua
guru atas kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan objektif
pelaksanaan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga aktiviti ini dapat
terus memupuk semangat murid untuk hadir ke sekolah.
“UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”
No comments:
Post a Comment