Tuesday, July 9, 2019

Kem Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Sepang

Pada 9 Julai 2019 bersamaan hari Selasa, wakil murid dari SKTPP telah menyertai Kem Pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah Sepang bagi tahun 2019.

Kem pemilihan Tokoh Nilam ini telah berlangsung selama satu hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

SKTPP telah menghantar calon Tokoh Nilam bernama Nur Dania Aleysa binti Mohd Zaidi dari kelas 5 Vanadium bagi menyertai kategori Tokoh Nilam Bahasa Melayu.

Hasil usaha guru pembimbing dan adik Nur Dania yang sangat berbakat dan berkeyakinan tinggi, SKTPP telah dinobatkan sebagai Naib Johan untuk kategori Tokoh Nilam Bahasa Melayu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nur Dania!

Nur Dania Aleysa sedang menerima hadiah
daripada pegawai PPD Unit Bahasa; Puan Siti Aisah binti Aziz

Guru pembimbing bergambar kenangan
bersama Nur Dania

Barisan pemenang bergambar bersama
pegawai PPD Sepang dan pegawai PKG Salak

Gambar peserta bersama guru-guru pengiring,
pegawai PKG Salak dan pegawai PPD Sepang

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir yang sentiasa memberi galakan, guru-guru yang telah berusaha memberikan bimbingan dan panduan, guru-guru dan seterusnya adik Nur Dania sendiri yang telah memberikan kerjasama dan persembahan yang sangat cemerlang.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment