Monday, July 1, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-24 (Sesi Pagi)


Tarikh : 1 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 7:30 a.m. – 8:30 a.m.
Tempat : Dataran Perdana

Guru Bertugas :
Julaili binti Onian
Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
Mohd Rusydan bin Ismail
Norazian binti Mat Anuar
Norbaizura binti Nordin
Norziani binti Zubir
Nurhayati binti Mohamed Nor
Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal
Nik Kamisah binti Abd Aziz

Guru-guru yang bertugas



1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
3. Bacaan ikrar Rukunegara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Julaili binti Onian.
4. Bacaan ikrar murid oleh Muhammad Ammar bin Muhamad Rizal (6 Tabla)

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Azwani binti Nordin)

Puan Azwani
Murid-murid diminta menjaga disiplin serta mematuhi peraturan sekolah.
Murid-murid masih berada di kantin setelah loceng tamat rehat dibunyikan. Sepatutnya murid-murid bergerak dengan segera ke Dewan Perdana dan beratur mengikut kelas.
Keluar kelas dengan pas keluar kelas.
Murid-murid yang sakit, maklumkan kepada ibu bapa di rumah atau guru di kelas.

Pemenang Kebersihan dan Keceriaan Kelas
PPKI
1. Soccer  2. Aquatic  3 .Petanque
Tahun 4
1.4 Harmoni  2. 4 Dedikasi  3. 4 Jujur
Tahun 5
1. 5 Vanadium  2. 5 Ferum  3. 5 Titanium
Tahun 6
1. 6 Tabla  2. 6 Gambus  3. 6 Canang

6. Laporan guru bertugas
Tema : Amalan Pemakanan Sihat
Semua mesti makan makanan yang seimbang, piramid makanan perlu dijadikan rujukan untuk memilih makanan dan kuantiti yang sesuai.
Piramid makanan
Bijiran, roti, kentang, nasi (6 hidangan)
Bijiran, roti, kentang, nasi (6 hidangan)
Sayur-sayuran dan buah-buahan (5 hidangan)
Susu, yogurt, keju (2 hidangan)
Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (2 hidangan)
Lemak, minyak (kuantiti sangat kecil)
Tips untuk sihat
Perlu rancang pemakanan.
Tetapkan waktu makan.
Minum air kosong, kurangkan minuman bergula.

Puan Julaili
7. Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat  ke-3 Bicara Berirama peringkat Daerah Sepang


8.Ucapan Penolong Kanan HEM, Puan Rosmah binti Jamat
Ucapan alu-aluan kepada semua guru dan murid.
Raptai APPSCK akan bermula minggu ini. Oleh yang demikian, murid-murid yang terlibat dengan raptai diharapkan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh.
Murid-murid perlu membersihkan kelas pada waktu awal masuk kelas, sebelum keluar rehat dan sebelum balik.  Sebelum berehat, pastikan meja telah dikemas, buku-buku dan alat tulis disimpan di dalam beg dan dizip.

Perhimpunan berakhir pada pukul 8.10 pagi

No comments:

Post a Comment