Wednesday, July 10, 2019

Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Sepang

Pertandingan ini telah diadakan pada:

Tarikh: 10 Julai 2019
Hari: Rabu
Tempat : SAM Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Seramai 25 orang murid perempuan telah menyertai pertandingan Kalam Jamaie ini yang terdiri dari murid tahun 4, 5 dan seorang murid tahun 6. Bermula dengan keluh kesah guru-guru yang bertindan tugas dan kesuntukan masa untuk melatih murid-murid, akhirnya guru-guru bahasa Arab yang diketuai oleh Puan Norziani telah mengambil inisiatif mengadakan uji bakat pada hari arahan surat diterima pada 24 Julai 2019. Sesi uji bakat Kalam Jamie pada 24 Julai jam 10 pagi di surau SKTPP telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Wah...ramai murid yang hadir untuk uji bakat kalam Jamaie sehingga penuh surau. Jelas sekali, sekolah ini mempunyai ramai murid yang berbakat dan berminat dengan acara Kalam Jamie ini, walaubagaimanapun hanya 25 orang murid yang dipilih sebagai memenuhi syarat pertandingan. Pada hari berikutnya, sesi latihan dan gubahan teks terus dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan. Tahniah, murid dan guru benar-benar berdisiplin dengan masa, memanfaatkan sepenuh masa dalam sesi latihan.

Kumpulan Kalam Jamaie ini diberi nama Firqah (kumpulan) Maryam. Tahniah mendapat tempat ke-empat. Meskipun Firqah Maryam hanya menyandang tempat ke-empat dalam pertandingan ini, sekalung tahniah untuk ahli Firqah Maryam yang cepat belajar gaya persembahan dan menghafaz teks yang panjang dalam tempoh latihan hanya selama dua minggu. Tahniah Firqah Maryam seunggul nama muslimah mukminah iaitu Maryam ibu nabi Isa yang tawadhu', tabah dan cekal jiwanya mengharungi ujian dan dugaan. Syabas Firqah Maryam.

Meskipun memperoleh tempat ke-empat, ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pn. Norziani kerana dianugerahkan Anugerah Skrip Terbaik Kalam Jamaie Daerah Sepang. Rasa syukur dipanjatkan atas anugerah ini. Semoga ilmu dan karya ini dapat dicurahkan lagi untuk anak didik di masa akan datang. Insha Allah.

Gambar sekitar pertandingan Kalam Jamaie:










Tahniah Pn. Norziani dianugerahkan Penulis Skrip Terbaik Kalam Jamaie.

Jurulatih bersama  Ketua  Firqah Maryam (Balqis).


Tenang-tenang...Jurulatih-jurulatih  Kalam Jamaie bersama Firqah Maryam.


Mendapat undian kedua.

Santai, makan dulu sambil tunggu keputusan.



Tahniah..Firqah Maryam mampu buat yang terbaik.

Terima kasih ibu bapa , siapkan bekalan makanan juga.


Ustaz  bagi jampi ayat tenang hati sikit pada anak murid yang ceria walau berdebar.


No comments:

Post a Comment