Thursday, November 21, 2019

Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Tahun 2019

Pada hari ini tanggal 21 November 2019 lebih kurang pukul 10.00 pagi adalah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua murid tahun enam, warga SKTPP dan ibu bapa / penjaga murid. Pengumuman rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin pada 11 November lalu menerusi kenyataan media berkata, semua murid tahun enam boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada 21 November 2019 di sekolah masing-masing. Keputusan UPSR juga boleh disemak secara dalam talian dengan melayari laman web Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan menggunakan kaedah berkenaan boleh dibuat selama seminggu sehingga 28 November 2019.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna. PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran.

Alhamdulillah.. pada tahun ini pertumbuhan keseluruhan murid SKTPP yang Mencapai Tahap Minimum (MTM) meningkat berbanding tahun lepas.
MTM 2018 : 75.4%
MTM 2019 : 76.92%.
Meningkat : 1.52%
Tahniah buat semua murid!

Secara tidak langsung, SKTPP telah menyumbang peningkatan MTM Daerah Sepang. Warga SKTPP juga ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua guru khususnya guru tahun enam atas usaha dan masa yang dikorbankan untuk semua murid.

Paparan gambar sepanjang penyerahan PPSR dan PASR berlangsung:

Barisan guru bekerjasama mengasingkan slip UPSR mengikut kelas

Edaran slip UPSR kepada semua guru kelas

Murid-murid sabar menunggu saat penyerahan PPSR dan PASR

Suasana ketika penyerahan PPSR, slip leputusan UPSR dan PASR

Alhamdulillah.., terima kasih cikgu
YDP PIBG, Guru Besar, Guru Disiplin dan PK Kokurikulum memantau
aktiviti  penyerahan PPSR dan PASR

Barisan guru bertugas di kaunter PAJSK, PPsi dan Rayuan UPSR (gambar atas)
Penyerahan slip UPSR (gambar bawah)

No comments:

Post a Comment