Alhamdulillah.. hari ini merupakan hari yang penuh barakah dan bermakna kerana pihak SK Taman Putra Perdana berjaya melaksanakan Majlis Hari Graduasi dan Jamuan Perpisahan "Lambaian Kasih, Tautan Rindu" Tahun Enam Kali Ke-10. Ini merupakan lambang berakhirnya pembelajaran murid-murid Tahun Enam di alam sekolah rendah. Warga SKTPP serta PIBG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah khas buat semua murid Tahun Enam Kohort Alat Muzik Tradisional 2014 - 2019 (Tabla, Seruling, Rebana, Nafiri, Kompang, Gambus, Canang, Bonang dan Angklung).
Objektif program:
1. Sebagai salah satu cara meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah.
2. Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas
3. Memberikan satu pengalaman dan kenangan buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah
4. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan
5. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan PIBG
6. Jamuan perpisahan merupakan majlis kenang-kenangan sepanjang berada di sekolah rendah.
Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung:
Buku Program Majlis Hari Graduasi Tahun 6 |
YDP PIBG dan barisan pentadbir SKTPP |
Sesi pendaftaran para graduasi dan guru-guru |
Barisan pengacara majlis di bawah pimpinan Cikgu Norli binti Hassan |
Jelas terpancar sinar kegembiraan di wajah para graduasi |
Bacaan doa: Ustaz Al-Fadhil Ustaz Zurilazman bin Abdullah Ucapan YDP PIBG: Tn Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian Ucapan Guru Besar: Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali |
Penyerahan cenderamata kohort oleh ketua murid, Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal kepada SKTPP |
Barisan jawatankuasa pelaksana |
Pesembahan oleh murid-murid Tahun 6 |
Penyampaian sijil kepada para graduasi |
Penyampaian sijil kepada para graduasi |
Penyampaian sijil kepada para graduasi |
Bergambar kenangan bersama pentadbir, YDP PIBG dan guru-guru |
Menikmati jamuan makan di Dewan Putra |
No comments:
Post a Comment