... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, February 22, 2020

Jawapan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 2020/2021


USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16
2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA


A.  KURIKULUM


Bil
Usul
1.

Menambah masa pembelajaran bagi setiap subjek agar pelajar dapat lebih memahami dan mendalami apa yang diajar oleh guru. Ini juga dapat mengurangkan beban mental pelajar (stress).
                                                                                     Zulkafli bin Mohmad Fadzil

JAWAPAN:

Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2.
Minta jasa baik pihak pentadbir untuk memaklumkan ibu bapa sekiranya pentaksiran diadakan pada hujung tahun untuk menentukan kelas murid. Ini akan membantu murid untuk membuat pentaksiran dengan lebih baik. Walaupun KPM telah menentukan pengasingan kelas tidak boleh dibuat untuk murid Tahap 1, namun masih terdapatpengasingan kelas dibuat pada tahun 2019. Tidak dinafikan bahawa ibu bapa mesti sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Namun demikian, sebagai seorang ibu saya merasakan bahawa pentaksiran yang diadakan pada hujung tahun untuk menentukan kelas murid adalah tidak adil bagi murid Tahap 1. Oleh itu, saya sangat berharap agar pihak sekolah dapat memaklumkan kepada ibu bapa mengenai pentaksiran akhir tahun yang akan diadakan pada tahun 2020.

                                                                                  Thinagaran A/L Thamotram

JAWAPAN:

  • Yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah latihan sumatif.
  • Penyusunan kelas dijalankan adalah berdasarkan kepada
·         Tingkah laku
·         Ujian Formatif berterusan
·  Pemerhatian oleh guru mata pelajaran

3.
1. Fokuskan kepada latihan subjek
2. Berikan latihan tambahan pada buku sekolah.
3. Semak buku murid selepas beri latihan.
                                                                                                   Norhadi bin Ramli

JAWAPAN:

  • Guru mata pelajaran sentiasa memberikan latihan kepada murid.
  • Kerja dan latihan tambahan telah diberikan oleh guru tetapi kebanyakan murid tidak menyiapkan tugasan/kerja yang diberikan.
  • Guru mata pelajaran sentiasa menyemak buku murid selepas diberikan. Bahkan, ada jadual semakan buku tulis yang dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah.
4.
Selaraskan waktu pulang dari sekolah.  Cadangan masa 6.10 petang.  Tujuan adalah untuk memudahkan ibu/bapa yang ada anak-anak lain di taska untuk merancang perjalanan.
Dian Farlina binti Zainal Abidin

JAWAPAN:

Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5.
Selaraskan waktu balik untuk tahun 3 pada jam 6.10 petang.
Hazwani binti Wahid

JAWAPAN:

  • Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan.
6.
Waktu balik sesi petang pada 6.10 seperti tahun-tahun yang lepas kerana anak keletihan untuk meneruskan sesi persekolahan pada keesokkannya pula.

Nor baizura Baharudin

JAWAPAN:

  • Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan.                                
7.
Kerap mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi memaklumkan prestasi murid-murid.
Mohd Zuki bin Mohd Noor

JAWAPAN:

  • Aktiviti yang melibatkan anak-anak dan ibu bapa ada banyak. Antaranya ialah:
·         Hari Jalinan Mesra (2x setahun)
·         Majlis Permuafakatan Tahun 6 
  • Ibu bapa / penjaga boleh berjumpa dengan guru kelas atau guru mata pelajaran pada bila-bila masa sahaja dalam waktu persekolahan.
8.
Hadkan bilangan pelajar di dalam kelas supaya kelas lebih kondusif dan pelajar dapat belajar dengan lebih fokus. Cadangan 35 orang maksima/kelas.   
                                                                       
Emar Imran bin Muhammad

JAWAPAN:

Setuju. Walaubagaimanapun, bilangan pelajar yang ramai menyukarkan pihak sekolah untuk meletakkan jumlah pelajar yang lebih sedikit disebabkan kekangan bilik darjah yang tidak banyak.

9.
Selaraskan waktu pulang yang sama dari isnin hingga Jumaat bagi memudahkan ibubapa mengambil anak masing-masing.
                     Junaidah Idris

JAWAPAN:

  • Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan.                                
10.
Memandangkan murid tahun 6 banyak program yang dijalankan maka elok sekiranya kelas tahun 6 berada di tingkat bawah atau di tingkat 1 bagi menjimatkan masa dan tenaga murid. 
 Salahuddin bin Abdullah

JAWAPAN:

  • Murid-murid tahun 6 ditempatkan di tingkat atas adalah bagi mengurangkan gangguan persekitaran seperti bunyi bising dan sebagainya.
  • Dewan peperiksaan UPSR juga di bahagian tingkat atas, memberi pendedahan awal kepada murid tahun 6 akan situasi sebenar semasa peperiksaan dijalankan.
-           
11.
Mohon untuk cikgu suruh murid hafal sifir.
Nor Ariffah

JAWAPAN:

Guru-guru sentiasa mengingatkan pelajar untuk menghafal sifir. Mohon kerjasama daripa ibu bapa untuk turut sama memantau pembelajaran anak-anak semasa di rumah.

12.



13.
Waktu balik sekolah, jika boleh lepaskan budak-budak secara peringkat Pra Sekolah-Tahun 1-Tahun2-Tahun 3 supaya tidak berasak-asak di pintu pagar A atau B.

Jadual hari Isnin, masa balik sekolah boleh ditukarkan kepada 6.10 petang dan tidak lagi 6.40 kerana terlalu lambat.
Fairol Azly bin Johari

JAWAPAN:

  • Pra sekolah bagi sesi petang memang pulang lebih awal berbanding murid tahap 1.
  • Guru-guru bertugas sentiasa mengeluarkan pelajar secara berperingkat. 
  •  Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  •  Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan.                                                                                        
14.
Sediakan tempat membaca untuk anak-anak ketika menunggu ibu bapa ambil.
                                                     
                                                                                Mohd Zukhairi bin Ahmad

JAWAPAN:

  •  Ibu bapa boleh menyediakan bahan bacaan kepada anak-anak murid untuk dibaca semasa menunggu ibu bapa datang.
  • Terdapat banyak mini Ujana Ilmu (tempat membaca) turut sama disediakan di dalam kawasan sekolah.
15.
Mohon agar waktu rehat di minta murid-murid wajib solat zohor dan asar sebagai pendedahan dan pengajaran kepada murid sejak kecil.
                                                                                                     Wan Esma

JAWAPAN:

  • Setiap kelas dibekalkan dengan “KAD SOLAT”. 1 kad solat tersebut membolehkan dua orang murid untuk menunaikan solat zohor dan asar di surau.
  • Guru-guru sentiasa memberi galakan, nasihat dan peringatan kepada murid akan kepentingan  menjaga solat.
16.
Beri masa kepada murid-murid untuk solat jika waktu solat telah masuk. Ini adalah supaya murid-murid faham bahawa solat itu adalah wajib dan perlu dilatih seawal 7 tahun.
                                                                                                Siti Maria Ulfah

JAWAPAN:

  • Setiap kelas dibekalkan dengan “KAD SOLAT”. 1 kad solat tersebut membolehkan dua orang murid untuk menunaikan solat zohor dan asar di surau.
  • Guru-guru sentiasa memberi galakan, nasihat dan peringatan kepada murid akan kepentingan  menjaga solat.


B.    HAL EHWAL MURID


Bil
Usul
1.
Memohon setiap kelas ada Group Whatsapp untuk memudahkan urusan cikgu dan ibu bapa.
Wan Roslizan Bin Othman

JAWAPAN:

Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar kepada ibu bapa.

2.
Memastikan group whatsapp bebas dari “spam” soalan-soalan yang tidak patut ditanya.

Ahmad Farez bin Dahlan

JAWAPAN:

Setuju. Ibu bapa/penjaga perlu sentiasa berwaspada akan soalan-soalan yang tidak patut ditanya sebaliknya hanya memfokuskan kepada pembelajaran anak-anak sahaja.

3.
Maklumat guru kelas diberi dalam buku komunikasi contoh nama dan nombor telefon.
                                                                                     
   Khusaida binti Mohd Khair

JAWAPAN:

Ibu bapa perlu meminta sendiri nombor telefon bimbit daripada guru yang berkenaan kerana ia adalah bersifat privasi.

4.
Memperkenalkan buku nota untuk ibu bapa supaya anak-anak dapat menulis nota untuk disampaikan kepada ibu bapa daripada guru.
                                                                                 Nor Fazilah Binti Abdullah

JAWAPAN:

  • Murid-murid boleh menggunakan “BUKU KOMUNIKASI” yang berwarna kuning untuk menulis sebarang nota ataupun maklumat untuk disampaikan kepada ibu bapa. Mohon kerjasama ibu bapa untuk melihat buku komunikasi anak-anak dimana kebanyakan makluman selalu diberikan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.
  • Ibu bapa boleh membuat belian buku tersebut di kedai buku sekolah sekiranya anak-anak tidak memiliki buku tersebut.


5.
Mengutip dana daripada ibu bapa dan penduduk sekitar untuk membeli rak buku di kelas.
Ahmad Naufal bin Jamri

JAWAPAN:

  •  Ruangan kelas yang sempit sukar untuk penyediaan rak yang banyak.
  • Pelajar berkongsi kelas antara tahap 1 dan tahap 2 menyukarkan penyediaan kemudahan tersebut.


6.


7.
Cadangan mengumpulkan duit dari pihak ibu bapa untuk menyediakan locker bagi meringankan beg anak-anak ke sekolah.

Mengadakan gotong royong bersama ibu bapa untuk menceriakan kelas.

Sakinah MK Ibrahim

JAWAPAN:

  • Tiada tempat simpanan buku/ locker di dalam bilik darjah yang fleksibel dan bersesuaian disebabkan jumlah kepadatan murid yang ramai antara 40-45 orang pelajar. Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian belakang kelas.
  • Sebahagian kelas telah membuat gotong royong menceriakan kelas. Ibu bapa boleh berurusan dengan guru kelas untuk menceriakan dan membersihkan kelas bagi anak masing-masing.


8.
Pertimbangkan wujudnya locker dalam bentuk sewaan tahunan

Rossaira Mawarni binti Othman


JAWAPAN:

Tiada tempat simpanan buku/ locker di dalam bilik darjah yang fleksibel dan bersesuaian disebabkan jumlah kepadatan murid yang ramai antara 40-45 orang pelajar. Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian belakang kelas.

9.

10.


11.
Memberi air kotak (susu) untuk murid miskin.

Memberi pendedahan kepada murid cara memimpin dalam aktiviti sekolah dan memberi peluang membuat pembentangan di hadapan tetamu.

Membenarkan murid berpakaian sukan walaupun hari tersebut tidak ada PJ.

Ahmad faizal bin Ibrahim


JAWAPAN:

  • Program Susu Sekolah telah ditamatkan. Pihak sekolah tidak mempunyai dana yang cukup untuk meyediakan keperluan tersebut. Walaubagaimanapun, bantuan telah diberikaan kepada murid-murid yang berkeperluan seperti Rancangan Agihan Wang Saku (RAWS), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), PROSAZ dan sebagainya.
  • Jumlah penerima program PROSAZ adalah sebanyak 124 orang.
  • Pihak sekolah sentiasa memberi pendedahan kepada murid untuk mengamalkan konsep kepimpinan dalam program-program sekolah seperti di dalam perhimpunan mingguan sekolah, sudut pidato, Hari Kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Pihak sekolah tidak membenarkannya kerana tertakluk kepada Pekeliling Pemakaian Baju Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum serta sebagai satu cara untuk mendisiplinkan pelajar dalam etika pemakaian baju rasmi sekolah.


12.
Penambahbaikan tandas murid di sekolah serta status surau sekolah.

Noraini binti Abdul Aziz


JAWAPAN:

  • Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama.
  •  Malah, ibu bapa digalakkan untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam menaik taraf kemudahan tandas sekolah. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan. PIBG dibawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sentiasa mencari jalan membaiki prasarana sekolah dana apa jua kerosakan bangunan.
  • Status surau sekolah kini masih dalam kerja-kerja pembinaan. Namun, pembinaannya masih memerlukan dana dan sumber kewangan tambahan untuk menyiapkannya. Ibu bapa/ penjaga boleh membuat sumbangan kepada Tabung Wakaf Surau SKTPP.



13.


14.


Semoga pihak sekolah dapat menambahbaik kemudahan tandas seperti pintu yang lengkap dengan pengunci, pam tandas yang boleh digunakan dengan baik.

Meletakkan CCTV di kawasan tempat letak basikal.            
Ahmad Fahmi bin Ismail


JAWAPAN:

  • Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku kerosakan semula. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas. Ibu bapa boleh mengambil usaha untuk sentiasa memberi kefahaman dan peringatan kepada anak-anak mereka agar menjaga kemudahan sekolah yang digunakan.
  •  CCTV memang ada diletakkan di kawasan tempat letak basikal. Ibu bapa boleh memberikan sumbangan untuk menambah infrastruktur yang ada.   


15.

16.
Mohon perbaiki pintu tandas yang rosak.

Menyediakan air bertapis di sekolah untuk murid-murid.
           
                                                                                  Nor Hamizah Binti Rusein


JAWAPAN:

  • Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku kerosakan semula. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas. Ibu bapa boleh mengambil usaha untuk sentiasa memberi kefahaman dan peringatan kepada anak-anak mereka agar menjaga kemudahan sekolah yang digunakan.
  • Pihak sekolah telah membeli 3 buah mesin air bertapis sumbangan wakaf daripada ibu bapa. Ibu bapa boleh membekalkan air minuman tambahan kepada anak-anak.


17.
Tandas perlu dicuci setiap hari.
Mohd Fazil Ramlan

JAWAPAN:

Tandas sentiasa dibersihkan dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Pihak sekolah dan PIBG sentiasa memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama.

18.
Tolong sediakan sabun di tandas sekolah supaya memudahkan anak-anak kita dapat bersihkan tangan selepas buang air kecil mahupun air besar.
Marshita Fardillawaty



JAWAPAN:

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif tersebut. Namun, sekejap sahaja sabun tersebut habis digunakan disebabkan murid bermain menggunakan sabun tersebut sekaligus membahayakan murid yang lain kerana lantai menjadi licin.

19.
Pihak pengurusan sekolah dimohon supaya membenarkan murid berada di dalam kawasan pintu pagar A sehingga jam 6.45 petang atas faktor keselamatan. Diharap pihak sekolah tidak menempatkan murid di tempat menunggu seperti sekarang kerana dikhuatiri risiko kemalangan atau kehilangan.
                                                                                        Nurul Ain bt Sulaiman


JAWAPAN:

Telah dilaksanakan. Pengawal keselamatan yang bertugas akan membawa murid yang lewat pulang dan ditempatkan di pintu pagar A atas faktor keselamatan.

20.
Adalah lebih baik dan selamat jika pihak sekolah menetapkan hanya van/bas sekolah diparkir di kawasan perkarangan pondok menunggu untuk mengelakkan murid-murid melintas jalan ketika pulang.
                                                                              Nur Zuriati bt Zainal Abidin


JAWAPAN:

Ibu bapa perlulah memberi kerjasama yang baik semasa menunggu anak pulang. Atas kesedaran ibu bapa sendiri dalam memastikan anak-anak selamat.

21.
Tempat hantar anak dan ambik anak pagar B mohon letakkan palang untuk menghindarkan dari parking kereta, Jadikan laluan itu untuk turun dan naik murid sahaja dan bukan tempat menunggu.
Wan Roslizan Bin Othman


JAWAPAN:

  • Akan dibincangkan bersama PIBG.
  •  Penambahbaikan pada ruang menunggu di pintu pagar B memrlukan kos dan pembiayaan yang besar. Ibu bapa boleh bekerjasama dengan PIBG untuk menyediakan ruang menunggu yang lebih baik.

22.
Membuka semula pagar kecil di belakang sekolah untuk memudahkan murid yang tinggal di Apartment Dahlia ke sekolah tanpa perlu berjalan jauh ke pagar A dan B.
                                                                                         
 Halijah Binti Osman

JAWAPAN:

Pintu pagar di Apartment Dahlia tidak boleh dibuka kerana sekolah hanya mempunyai dua orang pengawal keselamatan sahaja. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan pencerobohan oleh orang yang tidak dikenali dan kehilangan harta sekolah serta warganya.

23.
Ibu bapa tidak boleh meletakkan kenderaan di kawasan melintas (zebra crossing) kerana ini boleh membahayakan nyawa kanak-kanak yang ingin melintas.

Mohd Farulafizan bin Amin

JAWAPAN:

Setuju. Ibu bapa perlu mempunyai sivik dan kesedaran dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin dan terjaga.

24.
Menyediakan pengawal lalu lintas di jalan raya untuk membantu murid-murid melintas jalan dengan selamat (di jalan raya luar sekolah)
                                                                               Nurul Huda bt Abdul Malek


JAWAPAN:
  •  Pengawal yang mengawal lalu lintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah tiada peruntukan bagi menampung kos tersebut.
  • Pihak komuniti setempat boleh bekerjasama dengan PIBG dalam membantu kawalan lalu lintas semasa murid datang dan pulang daripada sekolah.


25.
Mewujudkan badan sukarela untuk menyelia lalulintas dan sistem “drop-off” semasa datang dan pulang sekolah di pagar B & A.
                                                                                Mohd. Hafiz Zainol Shukor


JAWAPAN:

  • Pengawal keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan.
  • Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini.


26.
Membuat lagi satu pagar / pintu masuk supaya tiada kesesakan lalulintas ketika masa mengambil anak-anak dari sekolah.
Ahmad Farez bin Dahlan


JAWAPAN:

Pintu pagar yang baru tidak boleh dibuka atas faktor keselamatan dan kekurangan pengawal keselamatan yang hanya ada dua orang sahaja.

27.
Menyediakan tempat pejalan kaki bagi pelajar yang berjalan atau berbasikal ke sekolah. Keadaan amat merbahaya kerana tiada bahu jalan.
Amar Ubadah


JAWAPAN:

Akan dipanjangkan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

28.



29.
Mengadakan kempen kesedaran DARVIH yang pernah dijalankan di SKTPP suatu masa dahulu dan diminta untuk diberhentikan pada tahun 2018.

Sekurang-kurangnya kempen “KATAKAN TAK PADA MEROKOK” Ini disebabkan ada segelintir ibu bapa, tanpa rasa bersalah di kawasan menunggu murid di sekolah, secara tidak langsung memberi contoh yang tidak baik kepada murid.
                                                                   Muhammad Hafidz bin Abu Bakar




JAWAPAN:

  • Kempen kesedaran DARVIH masih lagi diteruskan sehingga sekarang.
  • Kempen yang berkaitan dengan aktiviti tidak sihat seperti merokok ada dijalankan di sekolah seperti program I’m Free. Pihak sekolah sangat bersetuju dimana ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak supaya tidak terikut dengan buadaya yang tidak sihat.


30.
Mengusulkan agar sebarang permintaan duit daripada murid tahun 1 adalah melalui surat.                                                                                        
Nuril Anwar bin Mohamad

JAWAPAN:

Semua maklumat dan pembayaran adalah melalui surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.

31.
Mencadangkan longkang ditutup dengan penutup untuk mengelakkan bahaya kepada murid-murid.                        
                                                                                           R.Nageeswari/Saravanan


JAWAPAN:

PIBG pernah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar.

32.
Penutup longkang di sekeliling sekolah banyak pecah. Bahaya untuk kanak-kanak yang berulang alik ke sekolah.
Irwani Elpinda


JAWAPAN:

PIBG pernah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar.

33.
Mohon jasa baik PIBG untuk menambahbaik Lorong pejalan kaki di sepanjang laluan di luar sekolah. Ini adalah kerana boleh membahayakan anak-anak dan mudah untuk terjatuh di dalam longkang.
Siti Rohaidah binti Shamsudin



JAWAPAN:

Lorong pejalan kaki di sepanjang laluan luar sekolah adalah diluar bidang kuasa sekolah. Walaubagaimanapun, pihak sekolah akan memanjangkan perkara ini kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

34.


35.
Buat sistem beli buku online semasa hujung tahun bagi mengelakkan kesesakan ibu bapa beratur.

Fokuskan pagar A hanya untuk murid yang jalan kaki dan ibu bapa yang menaiki motor sahaja. Bagi yang berkereta, guna pagar B, sebab terlalu sesak.

Mohd Khairul Riezza

JAWAPAN:

  • Sistem beli buku online akan dibincangkan bersama PIBG.
  • Pagar A memang dikhaskan untuk murid yang berjalan kaki dan ibu bapa yang menaiki motorsikal sahaja.
  • Ibu bapa perlu bekerjasama dan lebih prihatin agar tidak menghalang laluan yang mendatangkan gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya.


36.



37.
Memantau barangan yang dijual di Bookshop. Ini kerana anak-anak banyak membeli barangan/ alat tulis di sana yang mana ada sesetengahnya harga agak mahal.

Mungkin boleh dipertimbangkan jualan produk yang mampu milik sahaja agar pelajar tidak habiskan wang saku mereka berbelanja di Bookshop.

Siti Roziana Alias & Adam Budiman Khairuddin


JAWAPAN:

  • Pihak sekolah sentiasa mengawal dan memantau penjualan barang-barang dan harga di kedai buku dimana barang-barang yang dijual hanya untuk tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah.
  • Ada AJK dari pihak guru yang sentiasa memantau dan bermesyuarat serta mengadakan perbincangan dengan pihak pengurus kedai buku yang berkaitan dengan pengurusan kedai buku.


 

C.    KOKURIKULUM

      
Bil
Usul
1.
Kurangkan aktiviti sukan dan lebihkan tumpuan kepada pelajaran.
Nur Bariah binti Hamdan

JAWAPAN:

  • Aktiviti kokurikulum dan pelajaran adalah sama penting.
  • Ini adalah bertujuan untuk kemenjadian murid, meghasilkan pelajar yang holistik serta untuk PAJSK murid.
  •  Sebagai contoh, murid yang memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan dalam masa yang sama aktif dalam aktiviti kokurikulum telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan sekolah sukan.
2.
Kaji semula waktu pulang pada hari Rabu.

Mohammad Shah Ikhwan Bin Shahrom

JAWAPAN:

  • Tertakluk kepada kalendar akademik sekolah dan SPI Bilangan 2016 (terkini) juga tertakluk kepada peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan.                                
3.
Sediakan lebih baju untuk rumah sukan dan dijual di koperasi sekolah agar memudahkan murid yang lewat menempah untuk membelinya

Nuril Anuar Mohamad

JAWAPAN:

  •  Akan diusahakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan.
  • Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelian baju sukan supaya tidak berlaku kelewatan membeli kelengkapan sukan anak-anak.
4.
Menganjurkan Fun Run – 4km SKTPP dan Kejohanan Bowling SKTPP.

Herdawati binti Mohd Nor

JAWAPAN:

Akan diusahakan dan dibincangkan bersama PIBG.

5.
Saya cadangkan agar supplier boleh berikan contoh setiap saiz baju rumah sukan untuk memudahkan ibu bapa mengenalpasti saiz baju anak. Contoh baju ini sepatutnya terus berada di Bookshop seperti mana baju PJK sekolah. Jadi setiap hujung tahun semasa pembelian buku di Bookshop, boleh terus pilih saiz dan tempahan bermula.

Yusrina binti Mohd Ariffin

JAWAPAN:

  •  Saiz/ ukuran baju sukan telah dinyatakan di dalam borang pembelian pakaian sukan. Ibu bapa boleh merujuk kepada ukuran tersebut untuk menentukan saiz baju anak masing-masing.
  • Sampel baju ada disediakan di pejabat.
  • Guru kelas ada mengambil inisiatif membantu murid-murid dalam menentukan saiz baju mereka.
6.
Bagi peluang murid lain untuk menyertai permainan sukan, asyik murid yang sama sahaja tiap tahun menang.
Mohd Khairul Riezza


JAWAPAN:

Hanya yang terbaik sahaja terpilih daripada saringan yang dibuat oleh jurulatih. Sesi pemilihan yang dibuat adalah terbuka kepada semua murid yang berminat. Dasar 1 Murid 1 Sukan menjadi asas dalam pembangunan sukan di sekolah ini.



D.    KANTIN

   
Bil
Usul
1.
Mencadangkan penggunaan kad pintar untuk murid-murid. Kad ini boleh digunakan untuk pembelanjaan di kantin,dan kedai buku.         
Kamarul Badlishah bin Kamarulzaman

JAWAPAN:

  • Tiada kemudahan dalam penyediaan kad pintar.
  • Penggunaan kad pintar tidak dapat dilaksanakan atas faktor keselamatan dan peenjagaan kad (risiko kad tercicir/hilang/murid berkongsi dengan murid yang lain).
  • Bagi ibu bapa yang berminat untuk memudahkan pembelian makanan dan minuman anak masing-masing boleh berurusan dengan pengusaha kantin.
2.
Menjual buah-buahan potong, kismis, badam serta makanan yang berkhasiat.
Izmir Fahmi

JAWAPAN:

  • Buah-buahan potong memang ada dijual di kantin (tembikai/epal, jambu). Sehari dua jenis buah disediakan.
  • Penjualan kismis dan badam akan dibincangkan bersama pengusaha kantin.
3.
Menyediakan / menjual makanan yang berzat di kantin sekolah.
Marina Mahfodz

JAWAPAN:

Makanan yang dijual di kantin adalah berkualiti dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis makanan ada dijual di kantin mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

4.
Pelbagaikan makanan di kantin.
                                                                                     Mohd Zukhairi bin Ahmad

JAWAPAN:

Pelbagai makanan ada dijual di kantin dan penyediaan makanan adalah berbeza pada setiap hari dalam satu minggu.

5.
Pihak sekolah memantau makanan yang dijual di kantin sekolah sebab anak-anak selalu beritahu tidak banyak menu yang sesuai dengan mereka atau selera mereka terutama sesi petang. Makanan seperti nabati, nasi lemak (pedas) dan fast food (ayam crispy) tidak sesuai. Tambahkan menu seperti kuih-muih.
                                                                                                   M. Shaharudin

JAWAPAN:

  • Pihak kantin terikat dengan garis panduan yang telah ditetapkan dan tidak dapat menepati cita rasa pelajar secara keseluruhannya.
  • Sebenarnya, bukan Maggie yang digunakan, sebaliknya adalah mee kering yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Biasanya mee kering dijadikan menu mee goreng/sup.
  • Tiada serbuk Maggie yang digunakan dalam penyediaan makanan.
  • Kuih muih ada dijual di kantin tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan oleh murid.
6.

Kurangkan makanan berkalori tinggi dijual di kantin. Menjual buah-buahan potong di kantin untuk menggalakkan pelajar mengamalkan pemakanan sihat.
Sasuzana binti Zanudin

JAWAPAN:
Buah-buahan potong memang ada dijual di kantin (tembikai/epal, jambu). Sehari dua jenis buah disediakan.

7.
Mengkaji semula jenis makanan yang dijual di kantin seperti maggi goreng, “aiskrim Malaysia” dan menukarkan menu kepada  makanan yang lebih berkhasiat.  Saiz makanan yang dijual juga perlu berpatutan dengan harga.
Ramona Ramli

JAWAPAN:

  • Sebenarnya, bukan Maggie yang digunakan, sebaliknya adalah mee kering yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
  •  Biasanya mee kering dijadikan menu mee goreng/sup.
  • Tiada serbuk Maggie yang digunakan dalam penyediaan makanan.
  • Sentiasa dipantau dan diberi perhatian khas.
  • Guru-guru dan AJK Kantin sentiasa memantau dengan menggunakan Borang Pemantauan Kendiri Harian.
  • Harga dan kualiti makanan sentiasa dipantau oleh pihak pentadbir di bawah Hal Ehwal Murid. Manakala kebersihan di kantin sentiasa dijaga kerana pekerja kantin sentiasa membersihkan setiap kali waktu pagi, rehat dan sebelum tamat persekolahan sesi petang.
8.


9.
Tolong perbanyakkan  menu jualan yang sesuai di kantin seperti kuih-muih, makanan berat yang berkhasiat, kurangkan pedas.

Saya perhatikan tidak banyak menu dijual dan hari-hari anak beli “Nabati” pada sesi petang terutama sebab tiada menu lain.
M. Shaharudin bin Shahid
JAWAPAN:

  • Pelbagai makanan ada dijual di kantin dan penyediaan makanan adalah berbeza pada setiap hari dalam satu minggu.
  • Makanan yang di jual dikantin adalah seragam dan sama pada hari tersebut.
  • Ibu bapa boleh membekalkan makanan tambahan kepada anak masing-masing yang sesuai dengan cita rasa sendiri.
  • Hal ini kerana ada segelintir pelajar yang lebih suka bermain dan menunggu sehingga ke saat akhir untuk membeli makanan yang menyebabkan mereka tidak sempat untuk makan dan makanan yang ada sudah habis terjual dan hanya tinggal “Nabati” yang ada.
10.

11.

Menambah kerusi dan meja di kantin sekolah. Anak-anak selalu duduk di koridor.

Melarang jualan jajan “Nabati” di kantin sekolah.
                                                               Mohamed Ridzuan bin Basheer Ahmad

JAWAPAN:

  • Meja dan kerusi di kantin sentiasa dinaik taraf. Ruang makan untuk pelajar adalah terhad mengikut infrastruktur asal sekolah.
  • Makanan ringan adalah tidak dibenarkan dijual di kantin sekolah.

12.
Pantau makanan dan minuman di kantin sekolah, anak beritahu terdapat lalat di makanan.
                                                                              Rasidah binti Mohd Noor

JAWAPAN:

  • Pengusaha kantin akan meningkatkan tahap kebersihan makanan dan minuman.
  • Perangkap lalat telah disediakan dan akan ditambah.
  • Sekiranya terdapat lalat pada makanan, boleh terus berjumpa dengan pengusaha kantin untuk ditukarkan makanan dengan makanan yang baru.
13.


Pastikan tiada rambut dalam makanan, makanan sentiasa bersih dan tiada lalat

Muhammad Khaizul Azam

JAWAPAN:

  • Pengusaha kantin memang mengikut cara penyediaan makanan yang betul. Contohnya seperti penggunaan sarung tangan, sarung kepala, penyepit dan makanan ditutup sebaik sahaja dihidangkan dan dibuka apabila murid rehat.
  •  Sentiasa dipantau oleh pihak sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).
  • Kantin sekolah kerap mendapat gred A yang menunjukkan kepada tahap kualiti yang terbaik.
  • Sekiranya terdapat lalat pada makanan, boleh terus berjumpa dengan pengusaha kantin untuk ditukarkan makanan dengan makanan yang baru.
14.


Pihak kantin dapat menambahbaik menu yang sihat.  Seperti sekarang menu maggi kari di kantin sekolah didapati tidak memenuhi gizi pemakanan/nutrisi yang sihat bagi membantu perkembangan kanak-kanak.
Safwan bin Habidin

JAWAPAN:

Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan makanan yang disediakan adalah berkhasiat dan bersesuaian dengan pelajar sekolah.

15.

16.
Merombak menu makanan kantin kepada yang lebih sihat

Mengawal dan memantau penjualan di luar sekolah serta melaporkan kepada pihak majlis.
                                                                                     Mohd. Hafiz Zainol Shukor

JAWAPAN:

  • Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan makanan yang disediakan adalah berkhasiat dan bersesuaian dengan pelajar sekolah.
  • Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menjual makanan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah dan mengganggu kelancaran sewaktu pelajar pulang daripada sekolah.
  • Pihak sekolah juga akan membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk tindakan lanjut.
17
Harga makanan di kantin mahal.
Husna a/p Shanmugam


JAWAPAN:

  •  Harga makanan dan minuman yang dijual di kantin adalah dipantau. Makanan yang dijual adalah tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM2.00. Sebagai contoh:
  • Buah-buahan, kuih muih berharga RM1.
  • Nasi lemak, nasi ayam berharga RM2.
18.


Ruang kantin sekolah perlu diperkemaskan lagi selari dengan murid sekolah yang begitu ramai.
Ruslizan bin Abdul Raffar

JAWAPAN:
Ruang makan untuk pelajar adalah terhad mengikut infrastruktur asal sekolah.

19.


20.
Menambah bumbung kantin sekolah, kerusi serta meja berikutan dengan keadaan murid yang begitu ramai pada waktu rehat.

Penambahbaikan aturan murid beratur membeli makanan di kantin.

Ahmad Daniel bin Bahari

JAWAPAN:

  • Tiada peruntukan disediakan untuk menambah bumbung kantin sekolah. Pihak sekolah akan berbincang dengan PIBG untuk mencari penyelesaian masalah ini.
  • Sistem pembelian makanan semasa waktu rehat di kantin telah ditingkatkan. Jumlah pelajar yang terlalu ramai semasa beratur dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pengasingan pelajar lelaki dan perempuan.


E.    PPKI

   
Bil
Usul
1.
Penambahbaikan kelas PPKI
Marina Mahfodz

JAWAPAN:

  • Sangat dialu-alukan bagi ibubapa yang ingin menyumbang untuk keceriaan kelas PPKI.
  • PPKI memerlukan perbelanjaan yang banyak cuma kewangan kurang mencukupi.


F.    LAIN-LAIN



Bil
Usul
1.
Naikkan yuran PIBG untuk manfaat anak-anak.
                                                                                         Amir bin Abdul Rahman

JAWAPAN:

Setuju. Pihak sekolah suka dengan kenaikan sumbangan PIBG. Namun, bayaran RM50 pun masih ramai ibu bapa yang tidak bayar.

2.


Bolehkan anak-anak asnaf dikecualikan membayar PIBG sebab kami kurang mampu disebabkan mempunyai 5 anak yang bersekolah.
                                                                                                       Adia bt Berahim

JAWAPAN:

Banyak sumbangan yang telah diperolehi oleh murid-murid asnaf, fakir dan miskin. Ibu bapa boleh menggunakan sedikit daripada sumbangan tersebut untuk membayar sumbangan PIBG. Tambahan, sumbangan PIBG sebanyak RM50 adalah bagi satu keluarga, bukan mengikut jumlah anak yang bersekolah di sini.

3.

4.

5.
Mengadakan Car Boot sale / Pasar Karat di SKTPP.

CSR dari syarikat swasta atau kerajaan untuk menghijaukan sekolah.

Rombongan /lawatan Education untuk murid (contoh : Universiti, Tudm, Pelabuhan)

Herdawati binti Mohd Nor

JAWAPAN:

  • Car Boot sale / Pasar Karat tidak sesuai untuk dijalankan di sekolah ini.
  • Sekolah ini pernah bekerjasama dengan pihak Uiversiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun lepas untuk menghijaukan serta menaiktaraf taman-taman yang ada di sekolah semasa Anugerah Penilaian Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPPSCK).
  • Jika ada ibu bapa ada hubungan/komunikasi dengan syarikat swasta mahupun kerajaan yang ingin sama membantu mengindahkan kawasan sekolah adalah dialu-alukan. Ibu bapa boleh berhubung dengan sekolah untuk membincangkan pelaksanaan menghijaukan sekolah sekiranya ada.
  • Aktiviti rombongan atau lawatan sentiasa dijalankan pada setiap tahun secara bergilir mengikut panitia.  

Disediakan oleh : 
Syahirah binti Tumar
Penolong Setiausaha Kehormat PIBG

No comments:

Post a Comment