Pada 11 Februari 2020 (Selasa), SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Sukaneka Tahap 1 yang bermula dari jam 4.10 petang hingga jam 6.10 petang. Manakala Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan pada 14 Februari 2020 (Jumaat).
Antara matlamat program ini ialah untuk membimbing murid agar cemerlang dalam bidang sukan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) dan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Selain itu, ia juga dapat memupuk dan menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam kehidupan seharian serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Antara matlamat program ini ialah untuk membimbing murid agar cemerlang dalam bidang sukan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) dan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Selain itu, ia juga dapat memupuk dan menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam kehidupan seharian serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Atur cara sukaneka adalah seperti berikut:
4.10 petang : Persiapan alatan dan susun atur murid.
4.30 petang : Acara sukaneka bermula.
Tahun 1
- Baling pundi kacang
- Bola Kangaroo
5.00 petang : Tahun 2
- Tarik bola dengan gelung
- Anak Gorila
5.30 petang : Tahun 3
- Hockey star
- Soccer star
6.10 petang : Bersurai
Gambar-gambar sepanjang sukaneka yang telah berlangsung:
Acara Tahun 1 : Baling pundi kacang |
Acara Tahun 1 : Bola Kangaroo |
Acara Tahun 2 : Tarik bola dengan gelung |
Acara Tahun 2 : Anak Gorila |
Acara Tahun 3 : Hockey star |
Acara Tahun 3 : Soccer star |
Ahli rumah merah semangat memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka |
Aksi teruja penyokong rumah merah memberikan sokongan |
Ahli rumah hijau turut bersemangat memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang sedang bertanding |
Sokongan padu daripada ahli rumah kuning |
Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain selaku pengacara majlis |
YDP PIBG Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian menyampaikan pingat kepada para pemenang |
Penyampaian pingat kepada pemenang acara sukaneka Rumah Hijau |
Cenderahati daripada pihak sekolah kepada YPD PIBG disampaikan oleh PK Kokurikulum. |
Berikut adalah keputusan sukaneka mengikut acara tahun 1, 2 dan 3 :
Tahun 1
Acara : Baling pundi kacang
Pertama : Merah
Kedua : Jingga
Ketiga : Biru
Acara : Bola Kangaroo
Pertama : Biru
Kedua : Hijau
Ketiga : Merah
Tahun : 2
Acara : Tarik bola dengan gelung
Pertama : Merah
Kedua : Jingga
Ketiga : Hijau
Acara : Anak gorila
Pertama : Jingga
Kedua : Hijau
Ketiga : Merah
Tahun : 3
Acara : Soccer Star
Pertama : Biru
Kedua : Kuning
Ketiga : Merah
Acara : Hockey star
Pertama : Hijau
Kedua : Merah
Ketiga : Biru
Semua aktiviti berjalan dengan lancar dalam suasana yang ceria dan meriah. Terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua AJK Sukaneka 2020 yang telah menjayakan Sukaneka Tahap 1 dengan jayanya.
Disediakan oleh:
Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
No comments:
Post a Comment