Tarikh : 1 Februari 2021 hingga 5 Februari 2021
Nama Guru Bertugas :
1. Puan Azlina binti Mat Isa (K)
2. Puan Nurzainon binti Mohd Razali (P)
3. Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
4. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
5. Puan Junaidah binti Rus
6. Puan Nur Murni binti Abdullah
7. Puan Rosmizawati binti Yusub
8. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
9. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajam
10. Puan Mazzaini binti Muda
11. Encik Mohd Izwan bin Mohd Jowahar
Perkara Pertama
Pada minggu ketiga ini, sesi persekolahan secara bersemuka belum dapat dilaksanakan. Namun, pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui medium yang lain iaitu secara dalam talian (PdPR).
Perkara Kedua
Pada minggu ini, pengagihan buku teks masih diteruskan kepada murid-murid Tahap 1 dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Jadual penggiliran melibatkan semua guru terutama guru kelas dan Ahli Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks. Sesi pemulangan dan penerimaan buku teks berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 Februari 2021 (Selasa) dan 3 Februari 2021 (Khamis).
Perkara Ketiga
Sepanjang pengagihan buku teks juga, hasil persetujuan AJK PIBG, kaunter bayaran PIBG dibuka bagi memudahkan ibu bapa yang ingin membuat pembayaran Sumbangan PIBG untuk anak-anak dan anak jagaan mereka. Kaunter PIBG mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa.
Perkara Keempat
Kedai buku SKTPP telah beroperasi bermula 1 Februari 2021. Oleh itu, bagi melancarkan perjalanan pembelian buku sepanjang tempoh ibu bapa datang mengambil buku teks, pihak sekolah telah mengadakan Jadual Bertugas bagi tujuan memantau, memberi tunjuk arah dan memastikan SOP dipatuhi oleh ibu bapa yang ingin membeli buku dan keperluan anak-anak di Kedai Buku SKTPP. Jadual bertugas adalah seperti berikut;
Jadual Bertugas Guru di Kedai Buku Sekolah
Hari : Selasa dan Rabu
Masa : Sesi 1 - 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sesi 2 - 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang
Ustazah Norziani sedang melaksanakan PdPR secara online dengan anak muridnya subjek Bahasa Arab |
AJK Buku Teks sedang sibuk melayan pertanyaan daripada ibu bapa |
Ibu bapa mematuhi SOP ketika ingin membeli buku |
No comments:
Post a Comment