... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, February 5, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Tarikh : 1 Februari 2021 hingga 5 Februari 2021

Nama Guru Bertugas :

1.     En. Rusmami bin Rosli (K)

2    En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

3.      Puan Zabedah binti Othman

4.      Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajudin

5.      Puan Nornadzirah binti Abd Rahim

6.      Puan Salmi binti Adnan

7.      Puan Khairiah binti Razali

8.      Cik Suziana binti Mohd Makhtar

9.      Cik Amalina binti Abd Hamid

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Minggu ini merupakan minggu ke-3 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ketiga untuk semua murid tahun 2 dan tahun 3 mengikut jadual PdPR seperti biasa.

Murid-murid tahun 1 pula meneruskan Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) untuk minggu yang ketiga. Pada minggu ini modul program transisi telah beralih daripada Fasa Orientasi kepada Fasa Kesediaan. Sesi PdPR murid tahun 1 yang dikendalikan oleh guru kelas pada 2 minggu pertama persekolahan telah diambil alih sepenuhnya oleh semua guru mata pelajaran mengikut jadual PdPR yang disediakan.

Usaha dari guru-guru yang masih mencuba untuk mempelbagaikan teknik pengajaran secara online dan offline di rumah masing-masing walaupun menghadapi pelbagai kekangan amatlah dihargai. Diharapkan semua warga sekolah akan terus bersabar dan komited dalam melaksanakan tugas dan amanah sebagai pendidik. 

Di sini saya kongsikan beberapa gambar proses penyediaan bahan dan variasi PdPR yang dihasilkan oleh beberapa orang guru sepanjang minggu ketiga persekolahan. Semoga usaha dan kerja keras guru-guru dapat memberi manfaat kepada semua murid.

Alat dan peranti yang digunakan oleh Encik Aizil di rumah



Suasana bekerja dari rumah Ustaz Hadri


Suasana bekerja dari rumah Cikgu Amirul

Alatan dan kelengkapan bekerja dari rumah Ustazah Rafini

"Work station" milik Teacher Malisha

             Sesi PdPR bersama Cikgu Siti Maziah


Sesi PdPR Bahasa Melayu bersama Cikgu Shurhama


Sesi PdPR Matematik bersama Cikgu Azlin

Video PdPR yang telah disediakan oleh Puan Halijah bagi subjek Pendidikan Islam

Video PdPR yang telah disediakan oleh guru-guru Matematik Tahun 1 

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada pihak sekolah dan guru-guru demi memastikan kelancaran segala urusan berkaitan anak-anak. 

Pada 2 dan 3 Februari 2021 juga sesi pengambilan dan pemulangan buku teks turut dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK SPBT sekolah atas khidmat bakti yang diberikan sepanjang mengendalikan urusan berkaitan buku teks untuk semua murid. Terima kasih juga buat ibu bapa / penjaga yang telah hadir mengambil buku teks anak-anak dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Guru-guru kelas yang bertugas bersama Unit SPBT sekolah


Kedai Buku Sekolah telah mula dibuka pada 1 Februari 2021. Ibu bapa telah hadir membeli buku dalam keadaan yang terkawal dan tetap mematuhi SOP. Terima kasih diucapkan atas komitmen semua.

Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas pada kali ini.  Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment