Wednesday, February 10, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-4 (Sesi Petang)

 Tarikh : 8 Februari hingga 12 Februari 2021

(10, 11, 12 Februari 2021 : Cuti Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina)

Nama Guru Bertugas :

1. Nor Amirulfitri bin Othman

2. Nur Malisha binti Omar

3. Nazahiyah binti Ab Rahman

4. Ahmad Junaidi bin Abdullah

5. Fadhilah binti Talib

6. Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud

7. Rabihah binti Amirudin

8. Ranjiny a/p Rajah

9. Parimala a/p Panni Selvam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-4 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu keempat untuk semua murid tahun 2 dan tahun 3 mengikut jadual PdPR seperti biasa.

Murid-murid tahun 1 pula meneruskan Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) untuk minggu yang keempat. Tema untuk minggu ini ialah “Saya Sihat Saya Selamat”.

Guru-guru meneruskan usaha mempelbagaikan teknik pengajaran secara online dan offline dari rumah masing-masing walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar proses PdPR oleh beberapa orang guru sepanjang minggu keempat persekolahan. Semoga usaha dan kerja keras guru-guru dapat memberi manfaat kepada semua murid.


Sesi PdPR Pendidikan Jasmani bersama Cikgu Nor Amirulfitri juga bersama isteri beliau.

Video hasil tugasan murid PdPR Pendidikan Jasmani kelas Cikgu Parimala.

Sesi PdPR Muzik bersama Cikgu Ahmad Junaidi.

Hasil tugasan murid PdPR Muzik kelas Cikgu Malisha

Hasil tugasan rakaman nyanyian bagi PdPR Muzik yang telah disunting sendiri oleh ibu murid 2 Diamond

Hasil tugasan video rakaman nyanyian murid sesi PdPR Muzik.

Hasil tugasan murid sesi PdPR Pendidikan Moral kelas Cikgu Parimala.

Sesi PdPR Bahasa Arab bersama Ustazah Rabihah



Murid tetap ceria dan bersemangat semasa sesi PdPR Matematik.

Sesi PdPR Bahasa Inggeris bersama Teacher Malisha.




Hasil video rakaman nyanyian dan aksi PdPR Bahasa Inggeris oleh murid-murid.

Hasil tugasan murid yang telah disemak oleh guru matapelajaran.




Murid tetap ceria dan bersemangat semasa sesi PdPR Bahasa Inggeris


Sesi PdPR pembelajaran secara "Offline Video" Bahasa Inggeris Tahun 1 yang menggunakan saluran Youtube.


Sesi PdPR Pendidikan Islam bersama Ustazah Halijah.
Hasil tugasan murid yang telah di semak oleh guru matapelajaran.

Wajah - wajah ceria murid - murid menghantar tugasan swafoto bersama logo halal yang ada pada produk makanan/minuman pilihan mereka.


Sesi PdPR pembelajaran secara "Offline Video" Bahasa Melayu Tahun 1 yang menggunakan saluran Youtube.

Hasil tugasan murid sesi PdPR Bahasa Melayu Tahun 1.


Hasil rakaman murid memasak makanan kegemaran mereka bersama keluarga. Tahniah diucapkan.




Pada 9 Februari 2021, Unit Guru Penyayang SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Pelancaran Program Guru Penyayang 2021 dengan tema “Murid Disayangi, Guru Dihormati”. Pelancaran ini telah dijalankan melalui medium Google Meet.





Pada minggu ini juga warga sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula 10 Februari sehingga 13 Februari 2021. Kami mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Tahun Baru Cina.


Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas pada kali ini. Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Nor Amirulfitri bin Othman

No comments:

Post a Comment