... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 1, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Hari Pertama Persekolahan Secara Bersemuka Bagi Tahun 2021

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan secara bersemuka bagi semua murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2 di seluruh negara. Sejak seminggu lalu semua guru di SKTPP telah hadir ke sekolah bagi membuat persediaan awal untuk menyambut kehadiran murid pada hari ini. Persediaan kelas, SOP keselamatan dan pergerakan murid semasa berada di sekolah merupakan perkara-perkara yang dititikberatkan.

Unit Guru Penyayang SKTPP juga turut mengambil bahagian untuk menyambut kehadiran murid pada hari ini, Dua bunting "Selamat Kembali Ke Sekolah" dan dua sepanduk telah ditempah khas untuk aktiviti menyambut kehadiran murid-murid. Bagi menggembirakan lagi kehadiran murid-murid ke sekolah pada hari ini, disediakan tiga maskot iaitu Mickey Mouse, Minnie Mouse dan Olaf. Ketiga-tiga maskot ini merupakan guru-guru di SKTPP. Semua murid juga telah diagihkan dengan sekotak susu setiap seorang.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti menyambut kehadiran murid pada hari ini..

Ketiga-tiga maskot sedang bersiap sedia untuk menjalankan tugas

Pn Hajah Rohaidah dan Pn Juli bersedia dengan bunting dan sepanduk untuk 
menyambut kehadiran murid-murid 

Antara AJK Unit Guru Penyayang yang menyambut kehadiran murid-murid di Pagar A

Maskot Minnie Mouse menunggu murid-murid di hadapan sekolah

Guru bertugas yang akan mengambil suhu murid di pagar A
.
Murid yang terawal datang ke sekolah di pagar B hari ini

Maskot Olaf ucap tahniah pada murid yang berjaya hadir ke sekolah hari ini

Mickey Mouse menyapa murid-murid yang masuk menggunakan laluan di pagar B

Setiap murid menerima sekotak susu

Maskot Olaf menunggu murid-murid yang lalu di pagar B

Guru bertugas mencatat suhu murid di pagar B

 Nak susu kena berhenti di stesen ni dulu

Antara AJK Unit Guru Penyayang di laluan pagar B

Guru-guru bekerjasama membantu melancarkan pergerakan murid masuk ke kelas-kelas

No comments:

Post a Comment